Alhamdulillah….usai sudah senaman jariku menyiapkan artikel ini untuk perkongsian ilmu dengan sahabat2 semua…..moga ianya dapat kita jadikan panduan demi mencari redha dan kasih sayang Allah….serta bermujahadah melawan musuh kita, iaitu NAFSU…..
APA ITU NAFSU??? Nafsu itu tmpt berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah trkumpulonya sifat2 tercela, dan sentiasa mendorong diri manusia itu kearah kejahatan.
Daripada nafsu itu timbulnya sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki, marah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan lain2 lagi. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. Nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.
Imam Al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitu juga nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.
Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya ialah nafsu Mutma’innah yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan kejahatan. Firman Allah Taala :
$pkçJr'¯»t ߧøÿ¨Z9$# èp¨ZÍ´yJôÜßJø9$# ÇËÐÈ ûÓÉëÅ_ö$# 4n<Î) Å7În/u ZpuÅÊ#u Zp¨ÅÊó£D ÇËÑÈ
27. Hai jiwa yang tenang.
28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.
(Surah al-Fajr : 27-28)
Adakalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum terasa indah. Namun apabila melakukan kejahatan terasa pula kekesalan. Nafsu ini dinamakan nafsu Lawwamah. Firman Allah S.W.T. :
Iwur ãNÅ¡ø%é& ħøÿ¨Z9$$Î/ ÏptB#§q¯=9$# ÇËÈ
2. Dan Aku bersumpah dengan jiwa(nafsu) yang amat menyesali (dirinya sendiri)[1530].
[1530] Maksudnya: bila ia berbuat kebaikan ia juga menyesal Kenapa ia tidak berbuat lebih banyak, apalagi kalau ia berbuat kejahatan.
Dan kedudukan yang lebih parah apabila nafsu berada di peringkat Ammarah bi al-su’-iaitu nafsu yang tunduk 100% kepada kehendak syahwat dan syaitan. Firman Allah :
* !$tBur äÌht/é& ûÓŤøÿtR 4 ¨bÎ) }§øÿ¨Z9$# 8ou$¨BV{ Ïäþq¡9$$Î/ wÎ) $tB zOÏmu þÎn1u 4 ¨bÎ) În1u Öqàÿxî ×LìÏm§ ÇÎÌÈ
53. Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), Karena Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
MANUSIA DAN MUJAHADAH
Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri?? Jelas di sini, maksud menguasai diri adalah menundukkan nafsu jahat yang ada dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian dari diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan kita.
Berhubung dengan melawan hawa nafsu, Imam al-Ghazali mengklasifikasikan 3 kategori manusia dalam memerangi hawa nafsunya :
1. MENYERAH KALAH
-Golongan ini tergolong daripada mereka yang dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah Taala :
|M÷uätsùr& Ç`tB xsªB$# ¼çmyg»s9Î) çm1uqyd ã&©#|Êr&ur ª!$# 4n?tã 5Où=Ïæ tLsêyzur 4n?tã ¾ÏmÏèøÿx ¾ÏmÎ7ù=s%ur @yèy_ur 4n?tã ¾ÍnÎ|Çt/ Zouq»t±Ïî `yJsù ÏmÏöku .`ÏB Ï÷èt/ «!$# 4 xsùr& tbrã©.xs? ÇËÌÈ
23. Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
[1384] maksudnya Tuhan membiarkan orang itu sesat, Karena Allah Telah mengetahui bahwa dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya.
2. SEDANG DAN SENTIASA BERPERANG
-Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa tarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan adakalanya dia kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh nabi Muhammad S.A.W. melalui sabdanya yang bermaksud :
“Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh2mu.”
3. ORANG YANG TELAH MENANG
-Golongan ini terdiri daripada mereka yang Berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsu mereka. Mereka ini terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap berwaspada dan siap siaga amat diperlukan setiap masa.
ERTI MUJAHADAH DAN KEPENTINGANNYA.
Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah. Demikian yang dapat difahami daripada kaedah “tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib.”. Berdasarkan itu, jika kita tak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah? Firman Allah Taala :
$¨Br&ur ô`tB t$%s{ tP$s)tB ¾ÏmÎn/u ygtRur }§øÿ¨Z9$# Ç`tã 3uqolù;$# ÇÍÉÈ ¨bÎ*sù sp¨Ypgø:$# }Ïd 3urù'yJø9$# ÇÍÊÈ
40. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
41. Maka Sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).
Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah. Firman Allah S.W.T. :
z`Ï%©!$#ur (#rßyg»y_ $uZÏù öNåk¨]tÏöks]s9 $uZn=ç7ß 4 ¨bÎ)ur ©!$# yìyJs9 tûüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÏÒÈ
69. Dan orang-orang yang berjihad(melawan hawa nafsu) untuk (mencari keredhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah “mujahadah”berasal daripada kata “al-jihad”iaitu berusaha dengan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata lain, seseorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya deemi memburu sesuatu yang diyakini benar, baik dan betul. Ini lah maksud kata2 Imam al-Ghazali :
“Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu dan peribadi, sama ada dari aspek zahir mahupun batin.”
Selain itu, ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.
PRINSIP ASAS DALAM MELAWAN HAWA NAFSU.
Dalam kitab Minhaj al-Abidin, Imam al-Ghazali telah menggariskan 3 prinsip asas berikut :
1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.
-Nafsu yang diumpamakan seperti kuda liar itu boleh dijinakkan, dengan syarat ditahan sumber yang memberinya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa).
-Selain dari menahan perut daripada banyak makan, hendaklah menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada kata2 yang dilarang, hati daripada sifat2 mazmumah,dll. Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmju yang berkaitan dengan pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukallaf.
2. Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
-Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat. Solat terutamanya sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk “menyeksa”nafsu. Bukan sahaja solat 5 waktu, tetapi solat malam (Qiamullail) sangat berkesan untuk menundukkan hawa nafsu.
-Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid2 tertentu(iaitu bersumberkan al-Quran, hadis2 sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid). Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja2 amal, mengajar, belajar dan lain2 amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah sehingga ia berasa letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah, nafsu itu tak pernah puas dan kehendaknya tak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaklah begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.
3. Berdoa meminta pertolongan Allah dalam usaha menewaskan nafsu.
-Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu). Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlu dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Illahi.
-Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasulullah S.A.W. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya :
“Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini : Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk perbaiki ibadah kepada-Mu..”
-Banyak lagi doa2 yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam bermujahadah melawan nafsu ini. Antara doanya ialah : “Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku..”.
LANGKAH2 JALAN MUJAHADAH.
1. Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.
-Belajar mengenai sifat mahmudah dan mazmumah(ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib. Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat2 nafsu, angkara kejahatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu2 ini mengikut kategorinya sendiri.
2. Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.
-Tidak cuku[p dengan memiliki ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tiada keinginan yang kuat untuk mengamalkannya apabila diserang musuh? Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.
3. Mempraktikkan ilmu.
-Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting. Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu ialah apa yang disukai diri kita sendiri. Ramai orang tahu sesuatu kebaikan, tetapi masih malas melakukannya.
-Semua itu kerana mereka masih belum“mahu”,dan baru sekadar “tahu”. Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar, manakal kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktikkan ilmu, barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan dalam hati. “Tahu”letaknya di akal tetapi “mahu” itu letaknya di hati.
4. Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.
-Imam al-Ghazali berpesan, nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekaligus melainkan perlu ditahan secara bertahap. Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit, tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud :
“Amalan yang baik adalah amalan yang berterusan(konsisten) walaupun sedikit.”
(Riwayat Ibn Majah)
Sumber RUJUKAN : majalah solusi.
No comments:
Post a Comment