"Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula…
Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela…
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala"
Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini saat jari jemari menari-nari di atas papan kekunci...
Acapkali bait-bait lirik ini berlari-lari ke sana dan ke mari di dalam kotak fikiran… Acapkali juga diri ini ditanya “dah ade yang punya ke belum?”…. Tika itu, bibir ini hanya mampu mengukir senyuman lalu menjawab.. “Allah… ade insyaAllah… Allah dah sediakan… Cuma tak tau siapa.. hehe”.
Mana mungkin seorang wanita yang sedang belajar mendekati Allah & belajar mencintai Allah mahu bercinta atau menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki yang ajnabi. Sangat bersyukur kepada Sang Pemilik Cinta kerana hati ini dikurniakan keteguhan yang kuat daripada kalah dengan bisikan syaitan dan hawa nafsu yang mencucuk-cucuk supaya diri ini cemburu dengan mereka yang ada pasangan yang belum ada ikatan yang sah!
Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal.. mana tidaknya… Diri ini juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari fitrah… Setiap manusia pasti akan melaluinya… Jangan cakap tak pernah suka pada seseorang. Itu menipu namanya…. Suka tu perkara biasa…. Tinggal kita sahaja nak urus hati tu macam mana…. Nak kawal perasaan itu macam mana.
Ubatnya? InsyaAllah mudah sahaja…. Sibukkan diri dengan perkara-perkara bermanfaat, Dekatkan diri dengan Allah.. Means baca al-Quran lalu mentadabburnya, banyakkan zikir…. Banyak buat amal soleh…. Kalau dah tak tertanggung rasa rindu atau cinta tu, mengadulah pada Sang Pemilik cinta…… Dia Maha Mendengar… Dia Maha Memahami apa yang hamba Dia rasa…. Sebenarnya, rasa cinta yang Allah kurniakan tu merupakan suatu anugerah yang perlu kita syukuri, jalani dan urus dengan baik tanpa melanggar batas-batas yang telah Allah gariskan… Nah… Di sinilah tempatnya untuk kita benar-benar memahami erti cinta yang sebenar…. Di sini jugalah tempatnya untuk kita melatih diri dan hati agar tidak tunduk kepada bisikan syaitan dan nafsu…
Jangan segan dan malu untuk mengadu dan meminta pada Allah… Tidak salah untuk berdoa kepada Allah seperti ini…
“Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…. Dengarlah rintihan hamba-Mu ini… Sesungguhnya hamba-Mu yang lemah ini sedang diuji dengan ujian cinta dan perasaan terhadap manusia…. Hanya Engkau tempat aku mengadu… Betapa bebannya hati ini menanggung rindu padanya… Jika dia bukan untukku, buangkanlah rasa rinduku ini padanya agar aku tidak berharap yang bukan-bukan… Jika dia benar-benar telah Kau tetapkan sebagai jodohku, peliharalah hati ini dan hatinya dari perkara yang mendatangkan kemurkaan-Mu…. Dan satukanlah kami dalam keadaan Engkau meredhai kami…. Ya Latif….. Peliharalah kami agar sentiasa berada di dalam agama-Mu…. Jangan Engkau biarkan hati ini mencintai hamba-Mu lebih dari aku mencintai-Mu…. Sesungguhnya, hidup dan matiku hanya untuk meraih cinta dan redha-Mu…. Perkenankanlah doa hamba-Mu ini.. Wahai Tuhan yang mentadbir alam ini…”
Bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah setiap malam akan menjadi pengubat agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, hati kita akan berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagi kita dan belum tentu halal bagi kita.
“Mujahadah menjaga hati itu bukan perkara mudah… Jadi, istiqamah dalam mentaqarrub diri kepada Allah itu perlu demi memastikan hati sentiasa terpelihara daripada angan-angan yang belum tiba masanya…. Jika hati sudah lalai dengan cinta dengan kadar kelalaian yang melampau, maka kerja dakwah dan tarbiyah akan tergendala buat seketika…. Sayangnya jika kerja dakwah tergendala… kerana masa kita sudah suntuk untuk menyelamatkan ummat tercinta…. Moga Allah Redha..”
Sundus Al-Jauhari
No comments:
Post a Comment