create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Friday, October 1, 2010

BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIM-

Aku, hanya seorang insan biasa yang dilahirkan dalan sebuah keluarga Islam…Mak kata masa kecil aku seorang budak yg cerdik..Umur 4tahun dh pandai mengeja. Namun,aku xmenyedari apa yang berlaku masa umur aku 4 tahun.Yang aku tahu, aku xde ape2 perasaan sepanjang aku bergelar kanak-kanak yang baru nak membesar.
                Bila umur aku 6 tahun,aku masih ingat lagi… Aku mintak kat mak supaya daftarkan aku kat sekolah fardhu ain.Merengek-rengek aku minta disekolahkan fardhu ain.Mak kata darjah satu baru boleh sekolah fardhu ain. Aku akur… Mak pun cerita kat aku, masa aku tadika 6 tahun, aku ajar balik cikgu yang ajar aku tu. Sampai cikgu tu  naik boring dengan aku…. Aku tergelak sendiri masa mak cerita kat aku.
                Bila umur aku 7 tahun, mak daftarkan aku darjah satu.Aku dapat masuk kelas satu delima, kelas pertama.Setiap kali ujian, aku mersti dapat ‘full mark’. Aku pun tak tau knapa.dari ujian setara 1,sampai la final exam,asek dapat nombor 1 je dalam kelas. Aku pun pelik,nape dan cane aku bleh dapat result gempak semudah tu… Mungkin tu anugerah dari Allah untuk aku….seawal umur 7 tahun…
                Bila umurku sudah 12 tahun,aku masih takde ape2 perasaan..Rasa cam budak yang lurus bendul…Bila UPSR Alhamdulillah…xsangka dapat result cemerlang…hehe…Bila bagitahu mak ngan abah,mereka menangis…pada ketika itu,baru aku mengerti apa itu erti airmata kegembiraan…. T_T
                Naik tingkatan satu, dapat masuk asrama….Rasa best sangat sebab itulah cita2 aku pada waktu itu..Sepanjang 7 tahun aku habiskan masa di asrama sehingga tingkatan 6…Dan kini, kaki ini berpijak di bumi menara gading, memikul amanah Allah dan amanah ibu bapa….Ku bulatkan tekad dan semangat (eceh..cam lagu la plak..), demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat…
                Wa akhirul kalam, keyakinanku terhadap janji2 Allah tidak akan padam kerana aku yakin, Allah senantiasa bersama hamba2Nya..walau di mana jua kita berada…
                Wallahu a’ lam..

No comments:

Post a Comment