create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Tuesday, October 22, 2013

SIMBOL CINTA dari Tuhanmu.

Sudah hampir sepurnama jemari ini tidak mencoret nukilan atma. Dek kerana tumpuan yang sedikit teralih kepada tanggungjawab lain yang lebih utama, juga tumpuan yang sedikit teralih dengan ‘bingkisan cinta’ dari Sang Pemilik Cinta Dan Rindu.

Tiap-tiap manusia sudah ditetapkan ujiannya, mengikut tahap kemampuan masing-masing. Allah Maha Tahu kemampuan setiap hamba-hamba-Nya.

Ada kalanya rasa seperti mahu tersungkur, dan tidak bisa bangkit kembali. Mahu mencari manusia untuk mengadu, bimbang manusia tidak mengerti. Mengadu pada Allah Rabbul Izzati, itu sudah mesti. Kerana Dia pemilik segala ujian yang diturunkan kepada hamba-Nya.

Mengadu pada manusia, bukan boleh sembarangan mengadu. Silap haribulan, si pendengar masalah tersalah faham, lalu membuat tafsiran yang memesong dari tafsiran yang sepatutnya.

Betapa Maha Kasihnya Allah. Diciptakan ujian agar hambaNya mencariNya untuk mengadu. Sebenarnya, Dia merindukan rintihan dari hamba-hamba-Nya.

Usah dirunguti ujian yang menimpa. Bersyukurlah dengan ujian yang kau lalui. Kerana itu merupakan SIMBOL CINTA dari Tuhanmu.

Tidak mengapa jika cinta manusia acap kali mengecewakanmu.. Tetaplah berdiri teguh di atas cinta Sang Pemilik Cinta. Kerana cinta-Nya tak pernah mengecewakan.

NIkmatilah SIMBOL CINTA dari Tuhanmu. Kerana kenikmatan itu tidak dapat dirasai oleh orang-orang yang tidak diuji sedemikian rupa.


KENAPA TUHAN MENGUJIMU SEDEMIKIAN RUPA? KERANA ALLAH MAHU MEMBUKTIKAN CINTA-NYA TERHADAPMU… Subhanallah…..

Sundus El-Jauhari