“Melangkah
jauh tanpa arah dan tujuan.. Bumi nan subur ini ku rasakan gersang... Di dalam
terang kegelapan seakan ku hanyut di daratan.. Ku ingin pulang ke pangkalan.. Aku
tahu Kau selalu bersamaku... Tak sesaat Kau biarku keseorangan.. Tak sesaat
pintaku jadi bebanan... Ku percaya kerana doa bertitian tiap waktu... Dengan
izin-Mu ku kembali ke pangkalanku....”
Bait
lirik lagu Kerana Doa dendangan munsyideen Nowseeheart benar-benar menyentap
sekeping atma ini. Ianya benar-benar membawa manusia untuk mengimaginasikan
rencam kehidupan. Perjalanan yang belum ada penghujungnya. Ia juga membawa
manusia untuk memikirkan tentang sifat Allah yang Maha Kasih yang tak pernah
sekali-kali meninggalkan hamba-hamba-Nya bersendirian menempuhi liku-liku
kehidupan. Semua entiti yang bernama manusia mahukan yang terbaik buat diri
mereka. Walau bagaimanapun, ada ketikanya manusia yang berjuang tersungkur di pertengahan
jalan kerana tersadung kerikil-kerikil ujian yang menghambat kesuma. Ada
ketikanya juga manusia terus melangkah tanpa arah dan tujuan. Itu juga ujian.
Pada saat itu, manusia terkapai-kapai mencari halatuju untuk sebuah perjalanan.
Perlukah kita mencari halatuju dalam sebuah perjalanan
hidup?
Perlukah kita mencari halatuju hidup? Jawapannya, amat
perlu. Firman Allah SWT :
$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur wÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ
Dan Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
(Adz-Dzaariyat ayat 56)
Harapan.
Sepenuh
pengharapan selayaknya disandarkan kepada Allah Azza Wa Jalla, Tuhan yang
memiliki seluruh alam buana ini. Tiap-tiap manusia yang diciptakan oleh Allah
SWT memiliki fitrah untuk bertuhan. Tujuannya tetap sama, iaitu berubudiyyah
kepada Allah SWT. Sememangnya kita sebagai manusia perlu untuk berharap kepada
Allah SWT.
Pada waktu bilakah pengharapan kita begitu tinggi kepada
Allah SWT?
Pada
saat dan ketika kita diuji, harapan menggunung tinggi terhadap Allah SWT. Ada
segolongan manusia mengharapkan agar keperitan ujian itu diangkat oleh Allah.
Ada juga segolongan manusia yang mengharapkan agar Allah mengurniakan ekstra
kekuatan kepada mereka agar lebih tabah dan sabar menjalani rencam kehidupan
yang belum ada penghujungnya. Setinggi mana pun ego seseorang hamba itu, pada
akhirnya, dia akan tewas juga dengan pengharapan kepada Allah. Kerana apa?
Kerana itulah fitrah bertuhan yang ada dalam diri manusia.
Ada
sebuah cerita yang mengisahkan tentang sekuntum bunga yang hidup dari celahan
batu. Jika direnung dan dilihat secara logik akal, ia adalah suatu yang
mustahil! Tetapi, perlu untuk kita sedar, bahawa tiada yang mustahil bagi Allah
untuk menjadikan sesuatu yang mustahil kepada realiti. Seperti kisah bunga yang
hidup di celahan batu itu, ia adalah salah satu bukti kebesaran Allah. Hal ini
sama dengan kondisi hidup yang sarat dengan kesulitan. Sarat dengan ujian yang
mencengkam jiwa. Ada ketikanya, manusia berasa mustahil untuk meneruskan hidup
yang sebegitu pahit. Tetapi, perlu disedari bahawa tiap-tiap kesulitan itu
pasti ada kemudahan. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk mewujudkan keajaiban
di dalam hidup setiap hamba-hamba-Nya, sesuai dengan firman-Nya di dalam surah
as-Syarh ayat 5 hingga 6 :
¨bÎ*sù yìtB Îô£ãèø9$# #·ô£ç ÇÎÈ ¨bÎ) yìtB Îô£ãèø9$# #Zô£ç ÇÏÈ
5. Kerana Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada
kemudahan, 6. Sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan.
Lihat,
sebanyak dua kali Allah menegaskan di dalam surah tersebut tentang kesulitan
yang akan dibalas dengan kemudahan. Hal ini menjelaskan bahawa tiap-tiap yang
berlaku itu pasti ada hikmah tersirat yang sudah Allah sediakan buat para
penyemai benih sabar di jiwa mereka. Bercerita tentang hikmah di sebalik ujian,
Ibn Atha’illah telah menukilkan di dalam kitab Taj al-‘Arus :
“Dia memberimu sihat, sakit, kaya, miskin, gembira, dan
dukacita agar engkau mengenali-Nya dengan seluruh sifat-Nya. Tidaklah Allah memperlihatkan
ketaatan, sakit atau rasa memerlukan pada dirimu kecuali untuk mengujimu. Jika
engkau ingin diberi berbagai kurnia, luruskan rasa memerlukan dan bimbinglah
dirimu sendiri.”
Begitu
tinggi nilai tasawuf yang diinterpretasikan oleh Ibn Atha’illah bagi tatapan
generasi pada zamannya dan generasi akan datang. Beliau ingin kita umat manusia
agar kembali kepada fitrah bertuhan, iaitu fitrah berharap kepada Allah SWT
yang mana pada akhirnya jiwa manusia yang sedang menderita akan dihiasi dengan
kuntuman-kuntuman ikhlas, redha dan sabar. Natijahnya, manusia yang bersabar
akan Allah tambahkan lagi nikmat ke atas dirinya, sebagai balasan bagi
hamba-hamba yang bersyukur dengan nikmat ujian.
Kesimpulan.
Tuntasnya,
sebagai manusia yang memiliki iman dan Islam di dalam diri, kita perlu
menyedari tentang satu hal, bahawa segala bentuk ujian yang menerobos masuk ke
dalam ruang hidup kita merupakan bingkisan cinta dari Allah. Allah sedang
merindui rintihan dan pengharapan dari hamba-hamba yang acapkali melupakan-Nya.
Sengaja Dia mengirimkan bingkisan ujian, sebagai tanda cinta-Nya kepada
hamba-hamba-Nya. Perlu juga kita sedari bahawa cinta manusia sangat jauh
bezanya dengan cinta Allah. Hal ini dapat kita lihat dari bentuk penzahiran
cinta itu kepada entiti yang bernama manusia. Manusia menzahirkan rasa cintanya
kepada manusia melalui harapan-harapan yang belum tentu terealisasi. Manakala
Allah menzahirkan cinta-Nya kepada hamba-hamba-Nya melalui perkara-perkara yang
sememangnya berbentuk realiti, sama ada melalui kenikmatan dunia, atau
kenikmatan ujian. Jika manusia bersyukur dengan kurniaan Allah, maka akan
ditambahkan lagi nikmat ke atas hamba-hambaNya. Tetapi, seandainya manusia
kufur dengan nikmat yang diberikan, maka azab siksaan yang pedih bakal menanti
kita di alam akhirat nanti, sesuai dengan firman-Nya di dalam Surah Ibrahim
ayat 7:
øÎ)ur c©r's? öNä3/u ûÈõs9 óOè?öx6x© öNä3¯RyÎV{ ( ûÈõs9ur ÷Läöxÿ2 ¨bÎ) Î1#xtã ÓÏt±s9 ÇÐÈ
Maksudnya : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu
memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah
(nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya
azab-Ku sangat pedih".
Jadi, bersyukur
dan bersabarlah dengan ujian yang menimpa. Kerana ia adalah tanda kamu memiliki
iman dan kunci kepada peningkatan iman dan pengharapan terhadap Allah SWT.
No comments:
Post a Comment