Jodoh.
Yang namanya jodoh itu milik Allah. Hanya berada di dalam
pengetahuan Allah SWT. Manusia, langsung tidak tahu rahsia Allah. Boleh saja
hati berandaian yang macam-macam. Boleh jadi andaian itu indah. Boleh jadi juga
andaian itu buruk.
Ketika mana hati mengharapkan seseorang untuk menjadi
pendamping hidup.... Setelah diamati kriteria yang terdapat pada dirinya itu
menepati apa yang Islam gariskan dan juga menepati kriteria yang kita mahukan....
Pada masa yang sama dirinya itu sedang mahu dijodohkan dengan orang lain......
Barangkali Allah suruh kita berhenti berharap dengan yang namanya manusia.
Hati mana yang tidak terluka, jika orang yang kita harapkan
itu dikhabarkan sedang mahu disusunkan dengan orang lain. Terlukanya hati ini
hanya Allah sahaja yang tahu.
Mungkin manusia akan menganggap ini hanyalah perkara picisan….
Hakikatnya, hanya yang merasainya sahaja yang tahu betapa peritnya memendam
rasa cinta dan kecewa.
Jangan butakan hati, sehingga hati menjadi cinta yang semu…
Sandarkan pengharapanmu sepenuhnya kepada Allah SWT….
Menangislah, jika itu mampu melegakan hatimu… Mengadulah
pada-Nya, kerana Dia sebaik-baik tempat meminta pertolongan. Mohon agar diberi
ketenangan hati….. Ujian itu suatu nikmat…. Bingkisan cinta dari Allah SWT.
Usah difikir yang derita itu akan berpanjangan.. Kerana ianya boleh membawa kepada rasa putus asa pada Tuhan..... Ketahuilah.. bahawa jodohmu sedang melalui proses penapisan, acuan Allah SWT.... Allah sedang menyediakan seseorang yang terbaik untukmu. Terbaik di matamu, belum tentu terbaik di mata Allah SWT.
Usah dihalang jodoh orang lain. Jika benar cintamu untuknya
suci, doakanlah untuknya, agar dia bahagia… Agar dia sentiasa menjadi hamba
Allah yang taat. Doamu itu sebagai bukti cintamu itu suci dan tidak dinodai
dengan hasad dengki dan penyakit hati.
P/S ; Berbahagialah wahai hati…. Kerana Allah masih sudi ‘berbicara’
denganmu…
-Sundus El-Jauhari-
terluka kerana seseorang...sya pernah merasainya...jodoh,,,
ReplyDeleteTerbaik kak sundus...
ReplyDeleteNukilan ini milik Allah.... Allah sengaja meminjamkannya kpd hamba-Nya agar menjadi tatapan & ibrah buat manusia lain.... Agar kita semua be;lajar erti sabar & ikhlas... Sabar & ikhlas.. Itu adalah Islam.....
ReplyDelete