Sudah hampir sepurnama jemari ini tidak mencoret nukilan
atma. Dek kerana tumpuan yang sedikit teralih kepada tanggungjawab lain yang
lebih utama, juga tumpuan yang sedikit teralih dengan ‘bingkisan cinta’ dari
Sang Pemilik Cinta Dan Rindu.
Tiap-tiap manusia sudah ditetapkan ujiannya, mengikut tahap
kemampuan masing-masing. Allah Maha Tahu kemampuan setiap hamba-hamba-Nya.
Ada kalanya rasa seperti mahu tersungkur, dan tidak bisa bangkit
kembali. Mahu mencari manusia untuk mengadu,
bimbang manusia tidak mengerti. Mengadu pada Allah Rabbul Izzati, itu sudah
mesti. Kerana Dia pemilik segala ujian yang diturunkan kepada hamba-Nya.
Mengadu pada manusia, bukan boleh sembarangan mengadu. Silap
haribulan, si pendengar masalah tersalah faham, lalu membuat tafsiran yang memesong
dari tafsiran yang sepatutnya.
Betapa Maha Kasihnya Allah. Diciptakan ujian agar hambaNya
mencariNya untuk mengadu. Sebenarnya, Dia merindukan rintihan dari
hamba-hamba-Nya.
Usah dirunguti ujian yang menimpa. Bersyukurlah dengan ujian
yang kau lalui. Kerana itu merupakan SIMBOL CINTA dari Tuhanmu.
Tidak mengapa jika cinta manusia acap kali mengecewakanmu.. Tetaplah
berdiri teguh di atas cinta Sang Pemilik Cinta. Kerana cinta-Nya tak pernah
mengecewakan.
NIkmatilah SIMBOL CINTA dari Tuhanmu. Kerana kenikmatan itu
tidak dapat dirasai oleh orang-orang yang tidak diuji sedemikian rupa.
KENAPA TUHAN MENGUJIMU SEDEMIKIAN RUPA? KERANA ALLAH MAHU
MEMBUKTIKAN CINTA-NYA TERHADAPMU… Subhanallah…..
Sundus El-Jauhari
Tenang....
ReplyDeletesetenang air di kali... insyaAllah..
ReplyDelete