create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Sunday, October 31, 2010

KEMBALI......

Kehidupan yang kau lalui tiada bererti
Namun kau masih tak menyedari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau kan berakhir
Tidakkah kau tahu Dia yang Maha Kuasa
Masihkah tak mengerti
Tiada hidup tanpaNya...
Subhanaallah

Lalu kau pun tunduk membisu
Sejuta ketakutan
Bayangkan dosa mu bagai lautan
Haraplah diberi peluang
Umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Sedarlah kau dari kesilapan mu

Lalu kau pun sujud mengaku
Hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah di beri peluang
Beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati

Engkau pun menyedari
Jangka waktu yang di beri
Kau pun sedari
CintaNya yang abadi

Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Cintai Ilahi
Cinta yang Hakiki
Subhanaallah
video


NUKILAN BUAT TEMAN

Teman
Andai hatimu diwarnai citra kebencian
Andai jiwamu dilatari panorama kegelapan
Sedarilah bahawa
Syaitan itu sedang meniup halus jarum hasad
Yang mengheret dirimu ke ufuk kejahilan

Teman
Andai perasaanmu diwarnai rona-rona ceria
Berirama melagukan keikhlasan
Sedarilah bahawa
Allah itu Maha Pemurah
Memberi nikmat yang tidak terhingga
Kepada hamba-hamba-Nya
Mewarnai dunia dengan seribu satu panorama
Waima kita lupa kepada-Nya

Teman
Tatkala badai keimanan menyapa
Adakah dirimu dilanda sengsara
Atau dirundung kecewa
Tika itu
Ingatkah kau kepada-Nya?
Atau meraba dalam kebingungan

Teman
Tatkala bisikan atma menyapa
Adakah dirimu diarak awan gembira
Atau memeluk erat malam ceria
Tika itu
Adakah engkau mensyukuri nikmat-Nya
Atau lena diulit ilusi dunia semata

Teman
Jika Allah berkehendak
Hidupmu terpaksa menelusuri denai kegelapan
Mampukah engkau bertahan
Dengan ranjau dan onak yang membadai
Mampukah engkau mengharungi setiap duka dgn keimanan dan kesabaran
Maka…
Tepuk dada,tanyalah iman…


-Sundus Al-Jauhari-

APAKAH ERTI CINTA DALAM ISLAM????

- "ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA, FANTASTIC...SEMUANYA HANYALAH PLASTIK !

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih kearah nilai - nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat, masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.... Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis.......kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman.

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita....tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta......dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua, tiga atau ke empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke......tidak timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura - puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang di cintainya....almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman....tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu....hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut....sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru....mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari...semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini...tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita, bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam.... Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang-calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan di halalkan oleh Islam dan Allah"

Jadi kata-kata bidalan ....Berkawan biar beribu bercinta biar satu...tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut di tambah...bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

wallahu'alam bissawab...

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!

MUJAHADAH MELAWAN NAFSU

Alhamdulillah….usai sudah senaman jariku menyiapkan artikel ini untuk perkongsian ilmu dengan sahabat2 semua…..moga ianya dapat kita jadikan panduan demi mencari redha dan kasih sayang Allah….serta bermujahadah melawan musuh kita, iaitu NAFSU…..
APA ITU NAFSU??? Nafsu itu tmpt berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah trkumpulonya sifat2 tercela, dan sentiasa mendorong diri manusia itu kearah kejahatan.
            Daripada nafsu itu timbulnya sifat mazmumah seperti sifat hasad dengki, marah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan lain2 lagi. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik. Nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.
            Imam Al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitu juga nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.
Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya ialah nafsu Mutma’innah yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan kejahatan. Firman Allah Taala :
$pkçJ­ƒr'¯»tƒ ߧøÿ¨Z9$# èp¨ZÍ´yJôÜßJø9$# ÇËÐÈ ûÓÉëÅ_ö$# 4n<Î) Å7În/u ZpuŠÅÊ#u Zp¨ŠÅÊó£D ÇËÑÈ
27.  Hai jiwa yang tenang.
28.  Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.
(Surah al-Fajr : 27-28)
            Adakalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum terasa indah. Namun apabila melakukan kejahatan terasa pula kekesalan. Nafsu ini dinamakan nafsu Lawwamah. Firman Allah S.W.T. :
Iwur ãNÅ¡ø%é& ħøÿ¨Z9$$Î/ ÏptB#§q¯=9$# ÇËÈ
2.  Dan Aku bersumpah dengan jiwa(nafsu) yang amat menyesali (dirinya sendiri)[1530].

[1530]  Maksudnya: bila ia berbuat kebaikan ia juga menyesal Kenapa ia tidak berbuat lebih banyak, apalagi kalau ia berbuat kejahatan.
            Dan kedudukan yang lebih parah apabila nafsu berada di peringkat Ammarah bi al-su-iaitu nafsu yang tunduk 100% kepada kehendak syahwat dan syaitan. Firman Allah :

* !$tBur äÌht/é& ûÓŤøÿtR 4 ¨bÎ) }§øÿ¨Z9$# 8ou$¨BV{ Ïäþq¡9$$Î/ žwÎ) $tB zOÏmu þÎn1u 4 ¨bÎ) În1u Öqàÿxî ×LìÏm§ ÇÎÌÈ
53.  Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), Karena Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
MANUSIA DAN MUJAHADAH
Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri?? Jelas di sini, maksud menguasai diri adalah menundukkan nafsu jahat yang ada dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian dari diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan kita.
            Berhubung dengan melawan hawa nafsu, Imam al-Ghazali mengklasifikasikan 3 kategori manusia dalam memerangi hawa nafsunya :
1.      MENYERAH KALAH
-Golongan ini tergolong daripada mereka yang dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah Taala :
|M÷ƒuätsùr& Ç`tB xsƒªB$# ¼çmyg»s9Î) çm1uqyd ã&©#|Êr&ur ª!$# 4n?tã 5Où=Ïæ tLsêyzur 4n?tã ¾ÏmÏèøÿxœ ¾ÏmÎ7ù=s%ur Ÿ@yèy_ur 4n?tã ¾ÍnÎŽ|Çt/ Zouq»t±Ïî `yJsù ÏmƒÏöku .`ÏB Ï÷èt/ «!$# 4 Ÿxsùr& tbr㍩.xs? ÇËÌÈ
23.  Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

[1384]  maksudnya Tuhan membiarkan orang itu sesat, Karena Allah Telah mengetahui bahwa dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya.

2.      SEDANG DAN SENTIASA BERPERANG
-Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa tarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan adakalanya dia kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh nabi Muhammad S.A.W. melalui sabdanya yang bermaksud :

Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh2mu.

3.      ORANG YANG TELAH MENANG
-Golongan ini terdiri daripada mereka yang Berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsu mereka. Mereka ini terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap berwaspada dan siap siaga amat diperlukan setiap masa.
ERTI MUJAHADAH DAN KEPENTINGANNYA.
Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah. Demikian yang dapat difahami daripada kaedah tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib.. Berdasarkan itu, jika kita tak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah? Firman Allah Taala :
$¨Br&ur ô`tB t$%s{ tP$s)tB ¾ÏmÎn/u ygtRur }§øÿ¨Z9$# Ç`tã 3uqolù;$# ÇÍÉÈ ¨bÎ*sù sp¨Ypgø:$# }Ïd 3urù'yJø9$# ÇÍÊÈ
40.  Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
41.  Maka Sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).
            Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah. Firman Allah S.W.T. :
z`ƒÏ%©!$#ur (#rßyg»y_ $uZŠÏù öNåk¨]tƒÏöks]s9 $uZn=ç7ß 4 ¨bÎ)ur ©!$# yìyJs9 tûüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÏÒÈ
69.  Dan orang-orang yang berjihad(melawan hawa nafsu) untuk (mencari keredhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
            Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah mujahadahberasal daripada kata al-jihadiaitu berusaha dengan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata lain, seseorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya deemi memburu sesuatu yang diyakini benar, baik dan betul. Ini lah maksud kata2 Imam al-Ghazali :
Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu dan peribadi, sama ada dari aspek zahir mahupun batin.
            Selain itu, ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.
PRINSIP ASAS DALAM MELAWAN HAWA NAFSU.
Dalam kitab Minhaj al-Abidin, Imam al-Ghazali telah menggariskan 3 prinsip asas berikut :
1.      Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.
-Nafsu yang diumpamakan seperti kuda liar itu boleh dijinakkan, dengan syarat ditahan sumber yang memberinya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa).
-Selain dari menahan perut daripada banyak makan, hendaklah menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada kata2 yang dilarang, hati daripada sifat2 mazmumah,dll. Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmju yang berkaitan dengan pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukallaf.

2.      Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
-Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat. Solat terutamanya sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk menyeksanafsu. Bukan sahaja solat 5 waktu, tetapi solat malam (Qiamullail) sangat berkesan untuk menundukkan hawa nafsu.
-Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid2 tertentu(iaitu bersumberkan al-Quran, hadis2 sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid). Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja2 amal, mengajar, belajar dan lain2 amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah sehingga ia berasa letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah, nafsu itu tak pernah puas dan kehendaknya tak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaklah begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.

3.      Berdoa meminta pertolongan Allah dalam usaha menewaskan nafsu.
-Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu). Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlu dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Illahi.
-Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasulullah S.A.W. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya :
Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini : Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk perbaiki ibadah kepada-Mu..
-Banyak lagi doa2 yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam bermujahadah melawan nafsu ini. Antara doanya ialah : Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku...

LANGKAH2 JALAN MUJAHADAH.

1.      Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.
-Belajar mengenai sifat mahmudah dan mazmumah(ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib. Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat2 nafsu, angkara kejahatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu2 ini mengikut kategorinya sendiri.

2.      Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.
-Tidak cuku[p dengan memiliki ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tiada keinginan yang kuat untuk mengamalkannya apabila diserang musuh? Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.

3.      Mempraktikkan ilmu.
-Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting. Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu ialah apa yang disukai diri kita sendiri. Ramai orang tahu sesuatu kebaikan, tetapi masih malas melakukannya.
-Semua itu kerana mereka masih belummahu,dan baru sekadar tahu. Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar, manakal kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktikkan ilmu, barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan dalam hati. Tahuletaknya di akal tetapi mahu itu letaknya di hati.

4.      Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.
-Imam al-Ghazali berpesan, nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekaligus melainkan perlu ditahan secara bertahap. Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit, tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud :

Amalan yang baik adalah amalan yang berterusan(konsisten) walaupun sedikit.
(Riwayat Ibn Majah)

Sumber RUJUKAN : majalah solusi.