create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Monday, October 18, 2010

DENGARLAH DUHAI HATI

Ini adalah lagu buat diri
Supaya tidak jauh dari Illahi 
Juga buat yang ingin mencintai Rabbi 
Hayatilah dengan iman yang sejati

Tuhan menilai hambanya melalui hati
Kerana ia adalah acuan hakiki
Kamar tempat persiapan diri
Agar tampak segak dan dihormati 
Amatlah malang sekali 
Jika sampah kufur memenuhi
Menghalau pendandan taqwa pergi 
Terpaksalah bersiap sendiri
Deras arus moden diikuti
Ketat sendat barulah seksi
Pendek jarang trend terkini
Rambut, mata, kuku bagai pelangi
Muka disolek berinci-inci
Jangan dilupa pelbagai aksesori
Kulit yang gebu didedahkan pasti
Tidak sesia madu dan susu dibuat mandi

Badan yang sasa harus ditontoni
Berbaloi angkat berat setiap hari
Inilah dia dunia realiti

Di hadapan para juri abadi
Tersingkir penyertaan sama sekali
Berbicaralah semua mulut terkecuali
Membela nasib malang nafsi
Segalanya hanya alasan terbukti
Dicipta demi kepuasan serakah fanai

Duhai sang hati
Mengapalah engkau dikotori
Padahnya aurat tidak dikenali
Lalu nerakalah ganjaran kasbi
Menyesal tidak berguna lagi...

No comments:

Post a Comment