create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Tuesday, August 25, 2015

Baca, Diam, Nilai.

Catitan ilmu supaya kita lebih faham erti terminologi yg dipakai:-
1) imam hanafi lahir:80 hijrah
2) imam maliki lahir: 93 hijrah
3) imam syafie lahir:150 hijrah
4) imam hanbali lahir:164 hijrah
5) imam asy'ari lahir: 240 hijrah
Mereka ini semua ulama Salafus Soleh atau dikenali dengan nama ulama SALAF...Apa itu salaf?
Salaf ialah nama "zaman" iaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH.
1) golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah tu disebut "Sahabat Nabi" kerana mereka pernah bertemu Nabi
2) golongan generasi kedua pula disebut "Tabi'in" iaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat nabi tapi tak pernah bertemu Nabi
3) golongan generasi ketiga disebut sebagai "Tabi' tabi'in" iaitu golongan yang tak pernah bertemu nabi dan sahabat tapi bertemu dengan tabi'in.
Jadi Imam Abu hanifah(pengasas mazhab hanafi) merupakan murid Sahabat nabi maka beliau seorang TABI'IN.Imam Malik,Imam Syafie,Imam Hanbali,Imam Asy'ari pula berguru dengan tabi'in maka mereka adalah golongan TABI' TABI'IN.
Jadi kesemua imam-imam yang mulia ini merupakan golongan SALAF YANG SEBENAR dan pengikut mazhab mereka lah yang paling layak digelar sebagai "Salafi" kerana "salafi" bermaksud "pengikut golongan SALAF".
Jadi beruntung lah kita di Malaysia yang masih berpegang kepada mazhab Syafie yang merupakan mazhab SALAF yang SEBENAR dan tidak lari dari kefahaman NABI DAN SAHABAT...
Rujukan Wahhabi pulak:
1) Ibnu taimiyyah lahir: 661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
2) Albani lahir: 1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi,lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
3) Muhammad abd wahhab(pengasas gerakan Wahhabi): 1115 Hijrah(lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
4) Bin baz lahir: 1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah atau 1999 Masihi,sama dengan albani,lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)
5) Ustaimin lahir: 1928 Masihi(mati tahun 2001,lebih kurang 12 tahun lepas dia mati,lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.
Mereka ini semua hidup di AKHIR ZAMAN kecuali ibnu taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf dan zaman dajjal(akhir zaman)...
tak de sorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta hidup di zaman SALAF....
Mereka ini semua TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF tapi SANGAT-SANGAT ANEH apabila puak-puak Wahhabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).
Sedangkan rujukan mereka
semuanya merupakan manusia-manusia yang hidup di AKHIR ZAMAN?


-Ustaz Farid Hafiz KM-

Saturday, August 22, 2015

Cerita Semalam

Kita punya cerita semalam,
Ada pahit ada manis,
Ada terang ada kelam.

Kita punya cerita semalam,
Ramai orang gemar membiar relung jiwa terisi dengan rona-rona suram,
Membiar halusinasi merajai memori yang dilanda kelam malam.

Ramai juga orang bangkit dari masa silam,
Membuang jauh memori hitam yang mencengkam,
Menyiram hati dengan kalam Tuhan pelebur rencam.

Saloma pernah berkata :

"Anak punai anak merbah,
Cari pohon buat sarang,
Anak sungai pun berubah,
Ini pula hati orang,
Mengapa dikenang.

Asal kapas jadi benang,
Dari benang dibuat baju,
Barang lepas jangan dikenang,
Sudah jadi orang baru,
Mengapa dirindu."

Bicara irama Saloma bagi orang yang kecewa dengan cinta,
Namun,
Bicara itu juga bagi jiwa yang sedang berduka,
Agar melenyap seribu lara,
Menghunus pedang pada sang nestapa.

Wahai jiwa yang mengenal Tuhan,
Kembalilah ke pangkal jalan,
Agar kecewamu terubat,
Agar fikiranmu kembali siuman,
Kembalilah kepada al-Quran,
Kalam Tuhan penuh pedoman,
Menjadi panduan buat umat akhir zaman.

Kita punya cerita semalam,
Usah dikenang cerita silam,
Yakinlah dengan susunan Tuhan pemilik sekalian alam,
Pasakkan redha dan ikhlas di jiwamu,
Agar cinta Tuhan tetap mekar menghiasi relung hidupmu,
Yakinlah,
Bahawa Tuhan bukan saja-saja membiar kita merangkak menanggung derita,
Dia bukan sengaja membiar kita duduk dalam nada kecewa,
Hakikatnya Dia sedang menghembuskan bayu cintaNya buat hamba yang Dia cinta,
Bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang kecewa,
Berkat sabarmu,
Tuhan akan memberi kurnia lebih manis dari Madu,
Menambahkan nikmat menggunung melelas rindu.

(Sundus El-Jauhari, 2015)



Kalam Hikmat ke-49, Al-Hikam

Sheikh Ibn 'Atha'illah As-Sakandary telah berkata :

"Jika engkau tidak bersangka baik (husnu dzon) terhadap Allah Taala kerana sifat-sifat Allah yang baik itu, maka baik sangkalah kepada Allah kerana kurnia pemberianNya kepadamu. Tidakkah selalu Dia memberi nikmat dan kurniaNya kepadamu?

Apabila engkau tidak dapat berbaik sangka terhadap Allah kerana Allah itu bersifat Robbul 'Alamin (Tuhan yang mencipta, melengkapi memelihara dan menjamin seisi alam), ar-Rahmaan, ar-Rahiim, Pemurah lagi Penyayang. Maka sudah selayaknya engkau harus berbaik sangka kepada Allah, kerana tiada henti-henti nikmat kurnia Allah atas dirimu dan anak keluargamu, yakni sejak engkau berupa mani sehingga matimu.

Dan sebaik-baik husnu dzon(baik sangka) terhadap Allah di waktu menerima nikmat Allah berupa ujian(Bala) bagaikan ayat yang menyebut : 

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' (al-Baqarah : 216).

Dan firman Allah lagi : 

'...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya.' (an-Nisa : 19)

Jabir r.a. Berkata : sabda Rasulullah SAW, siapa yang dapat melakukan husnu dzon (baik sangka) kepada Allah, sehingga ia tiada mati kecuali dalam husnu dzon terhadap Allah, maka harus brbuat demikian."

Bersambung .......


Kita Hanya Hamba

Adakah kau tahu?
Bahawa kirmizi senja sedang melambaikan tangannya penuh rindu,
Sedang sang bulan asyik menjengahmu dari dada langit yang samar-samar biru,
Tirai malam kian berlabuh menampakkan sosoknya yang pekat,
Kian bermaharajalela lagaknya bagai Sang Ratu,
Gugus bintang pula mengerdipkan matanya gemerlap ke arah dirimu,
Menghiasi cakerawala membina dermaga yang padu.
Adakah kau tahu?
Tinta menari mengikut rentak irama nan syahdu,
Kaki berayun melangkah mencari hala tuju,
Runcing jemari mematah-matah ruas sepenuh qalbu,
Kerdip kelopak mata tiada henti merias wajah nan layu,
Adakah kau tahu?
Segalanya tiada terjadi tanpa keizinan Rabb yang Maha Satu,
Bermula dari jisim sebesar zarah sehingga seluas alam cakerawala,
Pasakkan jiwamu pada setia mengagungkan Dia,
Iktiqad di jiwa bahawa tiada yang bisa terjadi melainkan dengan izinNya.
Mari kita renung diri,
Tenangkan raga, sucikan hati,
Biar ia setenang air di sungai yang mengalir perlahan,
Menyejukkan jiwa melapangkan dada,
Tawajjuh dipasak kukuh bak dermaga.
Kita hanyalah hamba,
Hamba lemah lagi tiada berdaya,
Tubuh dan jiwa penuh najis dan kotoran nista,
Tiada apa yang perlu kita bangga,
Kerana kita tiada punya apa-apa,
Segalanya milik Dia,
Sang Pemilik seluruh alam jagat raya.

(Sundus El-Jauhari, 2015).