Hari ini….
aku berbicara lagi tentang CINTA….
Ku coba manifestasikan setitis cinta dari hati…
Jauhhh…. Dari sudut hati…
Barangkali ada yang mual dengan kalamku yang tidak habis
lagi dengan CINTA….
Usah begitu….
Ini kalamku… Rasa hatiku…
Saat ini aku diuji begini…
Bisa jadi… Suatu hari nanti…
Kalian juga akan diuji begini…
Rasanya tidak salah untuk aku berbagi rasa dengan kalian…
Aku hanya mahu kalian mengambil ‘ibrah’ dari apa yang aku
zahirkan….
Kalamku tidak ku tujukan buat individu…
Tetapi,
Hanya ku zahirkan bagaimana rasa itu bermain di ruangan
sudut hati…
Begini kondisinya….
Saat cinta itu mencerobohi tembok hatiku….
Aku rasa seperti ada yang menoreh jantungku…
Rasanya sakit… sakit sekali….
Puas aku mencari apakah puncanya….
Hingga pada satu ketika…
Hanya Allah tempat aku bergantung harap memohon petunjuk…
Pada hari ini…
Aku berhasil menjernihkan rasa jiwaku yang sakit….
Berkat pertolongan dari-Nya…
Aku ubah dimensi sengsara itu menjadi dimensi indah…
Indah bukan kerana aku memiliki..
Tetapi indah kerana aku rasa diperhatikan oleh Rabb..
Perhatian yang cukup… dalam….
Aku mahu Dia angkat beban di jiwaku…
Kerana aku rasa seperti tidak mampu menanggungnya….
Nyatanya, Dia itu memang Maha Mengerti…
Dia angkat bebanan itu dari jiwaku…
Lantas dia mendorongku untuk menyuntik nilai positif dalam
diri…..
Agar aku tetap tegar berdiri….
Tetap bisa mengabdikan diri…
Tanpa aku rasa lemah lagi,…
Sungguh!
Pada saat ini..
Cinta manusia itu melemahkan aku..
Cukup.. melemahkan jiwaku….
Sehingga aku rasa seperti mahu gila!!
Tidak kupinta rasa ini menggerogoti atmaku…
Semua ini atas kehendak-Nya..
Kerana Dia mahu aku kenal erti sebenar cinta-Nya…
Melalui jalan yang cukup menyakitkan….
Tika dan saat ini…
Cukuplah cinta-Nya yang mengisi relung hatiku…..
Kerana Dia tak pernah mengecewakanku…
CintaNya selalu ada..
Tak pernah lelah menebarkan aroma cintaNya…..
Suatu saat…
Akan tiba waktu itu..
Waktu cinta manusia datang mampir di sudut hati..
TEPAT PADA MASANYA…
hebat akak sundus! tahniah!
ReplyDeletemembaca sajak ini sambil mendngar lagu warkah-bau membawa saya ke sebuah cerita
visit dakwatbiruhitam.blogspot.com
ilham dari Allah, dik... memanifestasikan rasa hati dan olah ia menjadi kalam yang memberi kesan kepada atma manusia.... Moga kalian dapat mengambil ibrah darinya....
Delete