APABILA IBU KITA BERKECIL HATI DENGAN KITA...
Kadang kala kita tidak tahu apa yang sudah kita lakukan sehingga Sang ibu berkecil hati.... Hati orang tua.... Semakin tua semakin sensitif... Mereka akan kembali seperti kanak-kanak kecil yang perlu diberi perhatian.....
Buat si anak, berusaha sedaya upaya untuk gembirakan hati ibu anda... Berusaha untuk fahami ibu kita... Sentiasa minta maaf dengan ibu... Kerana kita sendiri kadang-kala tidak sedar tingkah laku atau percakapan kita mengguris hati ibu... Biarkan dia rasa yang kita anak-anak sentiasa faham perasaan dia... Ada kalanya kita sebagai anak terlalu bertindak mengikut emosi tanpa memikirkan kesan dan akibat di kemudian hari.... Sedangkan sudah dinasihatkan oleh ibu kita agar jangan melakukan perkara itu.... Biasa lah anak-anak... Tak berfikir sebelum buat sesuatu... Kena ubah sikap ini...
Buat si ibu pula... Buang jauh-jauh kecil hati anda terhadap anak-anak.. Sentiasa ampunkan anak-anak anda... Hanya kerana anda berkecil hati, tiada lagi redha Allah buat anak anda, sehingga anda memaafkan anak anda... Kadang kala, perkara yang menjadi penyebab anda berkecil hati hanyalah perkara kecil.... Belajar fahami anak2 anda... Kadang kala, sebagai ibu, terlalu mengikut perasaan sehingga lupa apa yang anak-anak simpan di dalam hati.... Walau bagaimana pun, ibu pasti memahami fi'il anak-anak yang belum kenal sepenuhnya rencam dunia yang sudah kalian lalui... Sebab itu pentingnya berlapang dada dan kemaafan sebagai seorang ibu, agar anak-anak kalian tidak terjerumus ke lembah kemurkaan Allah tanpa disedari..... Doa dari kalian sang ibu terlalu keramat bagi kami anak-anak..... Doa itu tiada hijab langsung... Terus sampai doa itu kepada Allah.....
Paling best, bila kedua-duanya saling berlapang dada lalu berbincang untuk menjernihkan keadaan. Hasilnya, ukhwah antara ibu dan anak semakin akrab! =)
"Redha Allah terletak pada Redha Ibu Bapa.."
"Syurga terletak di bawak telapak kaki ibu.."
p/s : Hormati yang tua.. sayangi yang muda.. =)
No comments:
Post a Comment