Bismillahirrahmanirrahim……
Alhamdulillah ala kulli hal…setelah aku berhempas pulas menyibukkan diri untuk menyiapkan “kerja sekolah”, akhirnya dapat juga aku mencuri sedikit lelehan masa untuk aku nukilkan coretanku pada kali ini.. Rasanya dah lama aku tak update blog…semua ini atas izin Allah SWT….Tanpa izin-Nya, semuanya takkan berlaku….
Erm..ape ye yang aku nak tulis pada kali ni?? Agak2, ape?huhu… Kali ni coretanku agak berbeza dari sebelumnya…. Kali ni aku nak bercerita tentang cinta….Cinta pada siapa? Itu yang akan aku rungkaikan….
Pertamanya, dalam hidup kita sebagai seorang muslim, yang perlu kita kejar ialah cinta dan redha Allah…..Kenapa??? Haaa….meh aku tolong jawabkan..hehe,….Kita kan hamba Allah…terpilih untuk duduk di rahim ibu kita selama 9 bulan 10 hari…..(yang xcukup bulan tu, kira sendiri lah ye…hihi…)..Hal ini bermakna, kita terpilih untuk menerima redha dan cinta Allah..Tapi kne usaha la..kalo x, xdpt….Kita duduk kat rahim mak kita tu pon kerana kasih sayang dari Allah…Lihat sahabat2ku..Betapa Allah sangat kasihkan kita sebagai hamba2Nya…..Sebagai khalifah di bumi Allah yang fana ini untuk mentadbir bumi dengan cara hidup Islam…..untuk menyampaikan risalah2 Allah….Menyeru umat manusia agar mentauhidkan Allah…. Itu tugas kita yang telah Allah amanahkan sebagai manusia..…Ingat tu…^___^
Keduanya, dalam hidup kita ni, kita sebagai manusia mesti memerlukan cinta…Tanpa cinta, kita xkn dapat hirup udara segar milik Allah ni…kerana cinta kita lahir ke dunia….dapat menatap wajah dunia…Kerana cinta juga kita dapat melakukan rutin harian dengan tenang dan gembira. Kerana cinta juga, kita dapat mengecapi kasih sayang dari manusia….. Dan kerana cinta juga, kita akan dapat melahirkan para mujahid dan mujahidah yang akan menegakkan panji2 Islam..Insya-Allah…..Moga Allah mengurniakan yang terbaik untuk kita semua.
Sahabat2ku….Pernahkah kalian merasakan bagaimana rasanya bila kita jatuh cinta pada seseorang? Perkara ni lumrah…Fitrah manusia…tertarik pada yang berlainan jantina….. Jatuh cinta tu tak salah….. Yang penting kita pandai uruskan perasaan tu agar tidak menjadi “duri” dalam perjalanan kita sebagai seorang pejuang agama Allah….. Aku juga pernah melaluinya… Tapi itu dulu….sewaktu aku berada di bangku sekolah….. Sekarang??? Hmmmmmm.,…. Aku pun pelik….Aku xde perasaan kat siapa2 pon….Kalo ada pon, cepat2 aku buang perasaan tu jauh2…Aku xkn izinkan perasaan tu pergi terlalu jauh ke dalam lubuk hati aku……sebab ape??? Mula2 aku tertanya2 jugak….Tapi akhirnya aku dapat rungkaikan persoalan yang bagi aku agak “pelik” ye…. Allah x izin aku jatuh cinta pada sesiapa wat masa sekarang ni sebab aku dah berjanji dengan Allah, aku nak capai cinta Allah..Aku nak rasa cinta Allah……..Mesti indah…..Allah tahu, mungkin aku xmampu nak tanggung beban rasa jatuh cinta tu wat masa sekarang ni….Bila aku dh dapat rasa macam mana cinta Allah tu, baru Allah akan beri aku rasa jatuh cinta pada seorang insan…..Dengan yakinnya aku mengatakan bahawa orang tu mestilah bakal suami aku…huhuhu…..
Dalam perjalanan aku mencari cinta Allah….Allah dah sediakan ujian untuk aku…..Ada yang dengan tak malunye, meluahkan rasa pada aku….. Ada juga yang pendam…tak berani cakap pada aku…..Aku dapat tau benda ni dari mulut orang lain..orang yang boleh kita percayai….mmg aku x sangka la…..mungkin sebab aku dah “warning” awal2….. huhuhu….ada juga yang meluah, tapi berkias….Bukan nak perasan..Dah memang kenyataan, Sudah terang lagi bersuluh, Allah nk uji aku, sejauh mana usaha aku untuk menggapai cinta Allah…Betul ke aku nakkan cinta Allah….Walau macam mana pun, aku bersyukur sangat2….Allah pelihara hati aku drpd terjebak dgn cinta yg blm jelas matlamatnya….cinta yg belum tentu Allah redha ke tak…..
Lagi satu, bila ada orang yang menaruh perasaan pada aku, aku akan rasa bersalah sangat2…..Yang ada kat dalam buah fikiran aku, aku rasa berdosa sebab aku dah jadi penyebab hati orang yg menaruh perasaan kat aku tu berzina…ZINA HATI….bayangkanlah sendiri….hati pun boleh berzina….kalo x pun, bila ada yang meluahkan rasa, aku akan anggap dia tu just nak “test power” pompuan je….Aku fikir, dia nak tengok sama ada aku mudah perasan ke x….Teruk betul aku ni….suka noh berprasangka buruk….Tapi, walau macam mana pun, sebagai seorang wanita, aku kena berfikir macam tu….Berfikir panjang…. Aku kena bersedia dengan “peluru2 api” yang bakal menghunjam aku tanpa mengenal masa, tempat, dan perasaan aku.…. Aku takkan izinkan hati aku jatuh cinta pada orang yang bukan untuk aku….Itu harapan aku dan itu juga permintaan aku pada Allah…..Bagi aku, inilah jalan yang terbaik untuk aku perbaiki diri, cuba untuk menjadi seorang muslimah yang mukminah….. Aku sedar, walaupun aku tahu yang aku ni tak layak utk jadi seorang mukmin, tapi aku cuba untuk menjadi seorang yang mukmin…..Seorang yang mempunyai keinginan utk mcapai cinta Illahi….Kembali ke jalan Allah apabila sudah mula tersedar yang aku sedikit tersasar dari jalan-Nya…. Biasa la..kita kan manusia…xkan pernah lepas dari dosa dan kesilapan….Walau cane pon, kne la mintak ampun pada Allah SWT…..dah tau buat salah, kne la mintak maaf……lagipon, Pengampunan Allah tu kan Maha Luas….
Kadang2 tu, pernah juga terlintas kat hati…”aku ni betol ke x? orang lain sedap2 layan perasaan minat kat sape2…aku?? Hampeh….” Namun begitu, aku tetap rasa bersyukur…Mungkin Allah x bagi aku rasa camtu sebab mungkin Allah tahu, pada kondisi sekarang ini, aku x mampu nak tanggung betapa deritanya bila dah jatuh cinta pada seseorang….Mungkin akan ada bnde yg terabai..Contohnya ibadah aku akan terganggu sedikit..atau pun tumpuan pada pelajaran terjejas….haaa….2 benda ni yang paling aku takut….takut sangat2…..Biarlah hati ini jatuh hati pada insan yang memang Allah hantar untuk jadi “soulmate” aku….bukan pada insan2 yang bukan milik aku…… Hati aku akan dimiliki, tapi mungkin bukan sekarang…Masih terlalu awal kot…sebab aku baru menapak di alam universiti…ada lagi 6 sem nak abes…so, u must focus to study…..Besar tanggngjawab aku sebagai seorang anak….Aku juga perlu meraih cinta dan redha dari mak dan abah…..Tanpa redha mereka, hidup aku x ade ape2 makne….sama juga macam redha Allah….Kalo Allah x redha ngan hidup kita, habislah……
Akhir kalam….. ini pesanku untuk sahabat2ku yang sama2 berada di medan perjuangan……Juga pesan untuk diriku yang acapkali lupa…..Kita semua sebagai mujahid dan mujahidah di medan jihad menuntut ilmu….Jadi, kita kena persiapkan diri untuk menghadapi sebarang hentaman peluru dari semua arah, untuk mengelakkan diri kita dari tersasar jauh dari landasan Islam….. Jangan mudah tergoda dengan pujuk rayu kaum yang berlainan jantina…..Kerana dalam pujuk rayu itu
terdapat jarum2 halus bisikan syaitan…… firman Allah SWT :
$ygr'¯»t úïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=äz÷$# Îû ÉOù=Åb¡9$# Zp©ù!$2 wur (#qãèÎ6®Ks? ÅVºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNà6s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇËÉÑÈ
208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Sekian, itu sahaja buat kali ini…..Moga Allah permudah jalan kita semua untuk meraih cinta Allah serta memiliki ilmu-Nya….Salam sayang dan kasih dariku untuk kalian semua…
Sundus Al-Jauhari
No comments:
Post a Comment