create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Tuesday, March 22, 2011

HATI WANITA....

Hati seorang muslimah..Ya Allah,jadikan aku seteguh wanita solehah itu...

KEUNGGULAN MUKMINAH
Aku ingin menjadi
SITI KHADIJAH



menjalin agung sebuah cinta
menafkahkan hartanya fisabilillah
aku ingin sezuhud
FATIMAH

akur tanpa jelak setiap perintah
aku mengagumi dan mahukan
gedung ilmu
SITI AISHAH
aku ingin menyelami ketabahan
SITI HAJAR

menggendong puteranya yang masih merah
di tanah padang pasir yang merekah
bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda
fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA


pun jiwaku ingin sekudus
RABIATUL ADAWIYAH

tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan bersatu dalam satu hati

lantas ku serah cinta ini
untuk yang MAHA MENGASIHI

pasrahku pada mennah perjuangan
bagai cekalnya hati
ZAINAB AL-GHAZALI
terluka, terseksa, terpenjara
terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
demi islam bukannya menyerah galang-gantinya



atau setidaknya aku mengimpikan
hidup semulia
MARYAM JAMEELAH
berteman pena menongkah arus kepayahan
ruh jihad ini perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkannya
redhalah aku...redhalah aku
redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kan ku teguh menatang serikandi ummah
hanya kerana islam merindui
kemunculan peribadi
mukminah, muslimah, mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
terpanggung gagah bagai harumnya pusara
MASYITAH
TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN



"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"....Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam......Amiinn ya Rabb.....


Saturday, March 19, 2011

MENGUMPAT AMALAN TERCELA


SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.

Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.

Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud: Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.

Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.

Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya .....



Thursday, March 17, 2011

HARAPAN PADA-MU SUBUR KEMBALI

Wahai Tuhanku yg Esa….
Bila kenangkan Qahhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan siksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dpt bersihkn diri dr sgla dosa yg mburu
setiap hari setiap ketika.

Tika mengenang Ghaffar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kmbali
Ujian menimpa menekan di jiwa
X sanggup meneruskn pjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman –Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahmat-Mu
Terasa diri kurang bersyukur
Padamu harus ku memohan
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini…

Sundus Al-Jauhari

AKU MENCINTAI-MU...


 Ya Allah…..
Di saat atmaku gundah…
Tika itulah berita gembira dari-Mu sampai kepadaku….

Ya Allah….
Di saat jiwaku resah…
Tika itu juga aku merasakan belaian kasih dari-Mu…
Betapa Engkau sayang & cinta padaku…..
Sedangkan aku??
Hanyut lena dibuai arus dunia fana…..

Maafkan aku Ya Allah….
Sesungguhnya..aku ini hamba-Mu yang lemah…
Tidak dapat mencintai-Mu setulusnya…..
Namun, ku gagahi kudratku utk mencintai-Mu….
Setiap masa….
Walaupun ada kalanya aku terleka buat seketika…

Tetapi..
Engkau selalu mengingatkan aku..
Agar aku terus dan terus mencintai-Mu….
Aku ingin mencintai-Mu, Ya Allah….
Kerana aku tahu….
Cinta-Mu tidak pernah mengecewakan aku….
Malah senantiasa  membawa berita gembira untukku….
Walaupun aku tahu…
Aku belum layak untuk bergelar seorang mukmin….
Tapi, Engkau memberiku perasaan..
Bagaimana rasanya hati seorang mukmin….

Terima kasih, Ya Allah…..
Engkau juga mengajarkan aku erti syukur….
Syukur keatas segala nikmat-Mu…..
Nikmat Iman & Islam…
Nikmat merindui tangisan kepada-Mu….
Nikmat sakit dan sihat…
Semua itu aku syukuri  Ya Allah…..

Ya Allah….
Betapa besar ampunan-Mu….
Aku dapat merasakannya…
Engkau menatapku dgn pandangan penuh kasih & sayang…..
Sangat indah perasaan itu Ya Allah…
Saat mengalir titisan mutiara dari pelupuk mataku…..
Ianya bukan suatu kesengsaraan bagiku….
Malah ianya menggembirakan hatiku…
Kerana aku menantikan saat2 itu….
Terima kasih Ya Allah….
Sesungguhnya….
AKU MENCINTAI-MU……



Sundus Al-Jauhari

Friday, March 4, 2011

CINTA PADA SIAPA???

Bismillahirrahmanirrahim……
Alhamdulillah ala kulli hal…setelah aku berhempas pulas menyibukkan diri untuk menyiapkan “kerja sekolah”, akhirnya dapat juga aku mencuri sedikit lelehan masa untuk aku nukilkan coretanku pada kali ini.. Rasanya dah lama aku tak update blog…semua ini atas izin Allah SWT….Tanpa izin-Nya, semuanya takkan berlaku….
     Erm..ape ye yang aku nak tulis pada kali ni?? Agak2, ape?huhu… Kali ni coretanku agak berbeza dari sebelumnya…. Kali ni aku nak bercerita tentang cinta….Cinta pada siapa? Itu yang akan aku rungkaikan….
     Pertamanya, dalam hidup kita sebagai seorang muslim, yang perlu kita kejar ialah cinta dan redha Allah…..Kenapa??? Haaa….meh aku tolong jawabkan..hehe,….Kita kan hamba Allah…terpilih untuk duduk di rahim ibu kita selama 9 bulan 10 hari…..(yang xcukup bulan tu, kira sendiri lah ye…hihi…)..Hal ini  bermakna, kita terpilih untuk menerima redha dan cinta Allah..Tapi kne usaha la..kalo x, xdpt….Kita duduk kat rahim mak kita tu pon kerana kasih sayang dari Allah…Lihat sahabat2ku..Betapa Allah sangat kasihkan kita sebagai hamba2Nya…..Sebagai khalifah di bumi Allah yang fana ini untuk mentadbir bumi dengan cara hidup Islam…..untuk menyampaikan risalah2 Allah….Menyeru umat manusia agar mentauhidkan Allah…. Itu tugas kita yang telah Allah amanahkan sebagai manusia..…Ingat tu…^___^
     Keduanya, dalam hidup kita ni, kita sebagai manusia mesti memerlukan cinta…Tanpa cinta, kita xkn dapat hirup udara segar milik Allah ni…kerana cinta kita lahir ke dunia….dapat menatap wajah dunia…Kerana cinta juga kita dapat melakukan rutin harian dengan tenang dan gembira. Kerana cinta juga, kita dapat mengecapi kasih sayang dari manusia….. Dan kerana cinta juga, kita akan dapat melahirkan para mujahid dan mujahidah yang akan menegakkan panji2 Islam..Insya-Allah…..Moga Allah mengurniakan  yang terbaik untuk kita semua.
     Sahabat2ku….Pernahkah kalian merasakan bagaimana rasanya bila kita jatuh cinta pada seseorang? Perkara ni lumrah…Fitrah manusia…tertarik pada yang berlainan jantina….. Jatuh cinta tu tak salah….. Yang penting kita pandai uruskan perasaan tu agar tidak menjadi “duri” dalam perjalanan kita sebagai seorang pejuang agama Allah….. Aku juga pernah melaluinya… Tapi itu dulu….sewaktu aku berada di bangku sekolah….. Sekarang??? Hmmmmmm.,…. Aku pun pelik….Aku xde perasaan kat siapa2 pon….Kalo ada pon, cepat2 aku buang perasaan tu jauh2…Aku xkn izinkan perasaan tu pergi terlalu jauh ke dalam lubuk hati aku……sebab ape??? Mula2 aku tertanya2 jugak….Tapi akhirnya aku dapat rungkaikan persoalan yang bagi aku agak “pelik” ye…. Allah x izin aku jatuh cinta pada sesiapa wat masa sekarang ni sebab aku dah berjanji dengan Allah, aku nak capai cinta Allah..Aku nak rasa cinta Allah……..Mesti indah…..Allah tahu, mungkin aku xmampu nak tanggung beban rasa jatuh cinta tu wat masa sekarang ni….Bila aku dh dapat rasa macam mana cinta Allah tu, baru Allah akan beri aku rasa jatuh cinta pada seorang insan…..Dengan yakinnya aku mengatakan bahawa orang tu mestilah bakal suami aku…huhuhu…..
     Dalam perjalanan aku mencari cinta Allah….Allah dah sediakan ujian untuk aku…..Ada yang dengan tak malunye, meluahkan rasa pada aku….. Ada juga yang pendam…tak berani cakap pada aku…..Aku dapat tau benda ni dari mulut orang lain..orang yang boleh kita percayai….mmg aku x sangka la…..mungkin sebab aku dah “warning” awal2….. huhuhu….ada juga yang meluah, tapi berkias….Bukan nak perasan..Dah memang kenyataan, Sudah terang lagi bersuluh, Allah nk uji aku, sejauh mana usaha aku untuk menggapai cinta Allah…Betul ke aku nakkan cinta Allah….Walau macam mana pun, aku bersyukur sangat2….Allah pelihara hati aku drpd terjebak dgn cinta yg blm jelas matlamatnya….cinta yg belum tentu Allah redha ke tak…..
     Lagi satu, bila ada orang yang menaruh perasaan pada aku, aku akan rasa bersalah sangat2…..Yang ada kat dalam buah fikiran aku, aku rasa berdosa sebab aku dah jadi penyebab hati orang yg menaruh perasaan kat aku tu berzina…ZINA HATI….bayangkanlah sendiri….hati pun boleh berzina….kalo x pun, bila ada yang meluahkan rasa, aku akan anggap dia tu just nak “test power” pompuan je….Aku fikir, dia nak tengok sama ada aku mudah perasan ke x….Teruk betul aku ni….suka noh berprasangka buruk….Tapi, walau macam mana pun, sebagai seorang wanita, aku kena berfikir macam tu….Berfikir panjang…. Aku kena bersedia dengan “peluru2 api” yang bakal menghunjam aku tanpa mengenal masa, tempat, dan perasaan aku.…. Aku takkan izinkan hati aku jatuh cinta pada orang yang bukan untuk aku….Itu harapan aku dan itu juga permintaan aku pada Allah…..Bagi aku, inilah jalan yang terbaik untuk aku perbaiki diri, cuba untuk menjadi seorang muslimah yang mukminah….. Aku sedar, walaupun aku tahu yang aku ni tak layak utk jadi seorang mukmin, tapi aku cuba untuk menjadi seorang yang mukmin…..Seorang yang mempunyai keinginan utk mcapai cinta Illahi….Kembali ke jalan Allah apabila sudah mula tersedar yang aku sedikit tersasar dari jalan-Nya…. Biasa la..kita kan manusia…xkan pernah lepas dari dosa dan kesilapan….Walau cane pon, kne la mintak ampun pada Allah SWT…..dah tau buat salah, kne la mintak maaf……lagipon, Pengampunan Allah tu kan Maha Luas….
     Kadang2 tu, pernah juga terlintas kat hati…”aku ni betol ke x? orang lain sedap2 layan perasaan minat kat sape2…aku?? Hampeh….” Namun begitu, aku tetap rasa bersyukur…Mungkin Allah x bagi aku rasa camtu sebab mungkin Allah tahu, pada kondisi sekarang ini, aku x mampu nak tanggung betapa deritanya bila dah jatuh cinta pada seseorang….Mungkin akan ada bnde yg terabai..Contohnya ibadah aku akan terganggu sedikit..atau pun tumpuan pada pelajaran terjejas….haaa….2 benda ni yang paling aku takut….takut sangat2…..Biarlah hati ini jatuh hati pada insan yang memang Allah hantar untuk jadi “soulmate” aku….bukan pada insan2 yang bukan milik aku…… Hati aku akan dimiliki, tapi mungkin bukan sekarang…Masih terlalu awal kot…sebab aku baru menapak di alam universiti…ada lagi 6 sem nak abes…so, u must focus to study…..Besar tanggngjawab aku sebagai seorang anak….Aku juga perlu meraih cinta dan redha dari mak dan abah…..Tanpa redha mereka, hidup aku x ade ape2 makne….sama juga macam redha Allah….Kalo Allah x redha ngan hidup kita, habislah……
     Akhir kalam….. ini pesanku untuk sahabat2ku yang sama2 berada di medan perjuangan……Juga pesan untuk diriku yang acapkali lupa…..Kita semua sebagai mujahid dan mujahidah di medan jihad menuntut ilmu….Jadi, kita kena persiapkan diri untuk menghadapi sebarang hentaman peluru dari semua arah, untuk mengelakkan diri kita dari tersasar jauh dari landasan Islam….. Jangan mudah tergoda dengan pujuk rayu kaum yang berlainan jantina…..Kerana dalam pujuk rayu itu 
terdapat jarum2 halus bisikan syaitan…… firman Allah SWT :


$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=äz÷Š$# Îû ÉOù=Åb¡9$# Zp©ù!$Ÿ2 Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÅVºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNà6s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇËÉÑÈ
208.  Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Sekian, itu sahaja buat kali ini…..Moga Allah permudah jalan kita semua untuk meraih cinta Allah serta memiliki  ilmu-Nya….Salam sayang dan kasih dariku untuk kalian semua…


Sundus Al-Jauhari