create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Sunday, March 1, 2015

Ku Jentik Hati Ini


Cuba kau lihat kembali,
Coretan-coretan indah membumi hati,
Apakah tujuannya benar untuk ukhrawi?
Atau sekadar mengipas ujub diri?

Cuba kau lihat kembali,
Hatimu yang kotor mencari salah manusiawi,
Pernahkah kau cermin diri?
Nyata hatimu lebih kotor kerana mencemuh kekurangan insani.

Cuba kau lihat diri,
Hati merasa bangga dengan amalan solehmu,
Walhal darjatmu teramat hina di sisi Tuhanmu,
Kau biar noda-noda membarah merajai hatimu.

Cuba kau lihat diri,
Adakah mencukupi dengan kau solat berjemaah lima waktu?
Sedang insan-insan di sekelilingmu lupa Tuhan,
Adakah mencukupi dengan kau rajin mentadabbur al-Quran?
Sedang insan-insan di sekelilingmu lupa tanggungjawab sebagai manusia budiman.
Tawan hati mereka,
Belai jiwa mereka,
Bina jambatan di antara hatimu dengan hatinya,
Kemudian bina batas-batas ukhuwah yang kau semai dengan benih-benih cinta.

Wahai hati,
Belajarlah memandang mulia manusia yang lain,
Jinakkan egoismu daripada terus liar membelenggu,
Lenturkan ammarahmu menjadi lawwamah yang jitu,
Kemudian kau angkat lawwamah menjadi mulhamah yang padu,
Lalu kau mujahadah menuju mutmainnah yang dirindu.

Wahai hati,
Jangan biar nafsu membelenggu diri,
Izinkan Nur memancar di daerahmu yang paling sunyi,
Biarkan Nur itu merajai hati,
Agar kau belajar mengenal Tuhan Rabbul ‘Izzati.

-Sundus El-Jauhari-


No comments:

Post a Comment