Tatkala aku mengimbas kembali liku2 dalam perjalanan dakwahku selama ini…. Hati ini terasa sebak…. Sebak bukan kerana mengeluh…. tetapi kerana buntu, cara apa lagi yang harus aku lakukan untuk menyedarkan segumpal darah yang bernama HATI…. dan juga merasakan masih banyak kekurangan dalam diri yang harus diperbaiki…. Persiapan diri ini belum cukup mantap untuk mengharungi denai2 berliku dalam perjalanan dakwah sebagai seorang da’ie…. Saat atma ini terluka dan berasa takut, hanya Allah tempat aku mengadu…. Tempat memohon dan bergantung…. mohon agar diberi ekstra kekuatan untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang da’ie. Terasa pahit dan perit jiwa ini….Umpama menelan peria mentah berduri…. Aku sayangkan mereka…. sayang yang teramat, sehingga ke tahap aku tidak sanggup melihat insan yang aku sayang menjadi penghuni neraka kelak…. Bila aku terkenangkan perkara itu, aku menjadi takut yang teramat dan sebak…. Walaupun aku tahu, aku sendiri tidak layak untuk menjejaki syurga Allah….
Hari ini, tanggal 5 Februari 2012… genaplah umurku 22 tahun…. Tarikh tersebut yang jatuh pada 12 Rabi’ul Awwal, membuatkan aku terkesima buat seketika…. teruja, kerana tarikh lahirku pada tahun masihi jatuh pada tarikh kelahiran baginda Rasulullah!! Ianya membuatkan aku terkenang dakwah Rasulullah S.A.W. satu ketika dahulu, di mana pada ketika baginda menyampaikan ajaran Islam ke seantero dunia, pelbagai onak dan ranjau yang terpaksa baginda tempuhi…. Baginda tetap bersabar dan masih mampu tersenyum serta tidak mengenal erti putus asa…. Semuanya hanya kerana agama yang Allah redha, juga kerana umatnya…. Iaitu kita.. Jika Rasulullah tidak mengembangkan ajaran Islam pada zaman Rasulullah…sudah pasti kita tidak akan dapat mengecapi nikmat iman dan islam sehingga ke hari ini…..
Bila diimbas kembali detik-detik dakwah Rasulullah S.A.W., ternyata teramat berat beban dan dugaan yang dihadapi oleh baginda… Apa yang aku lalui saat dan tika kini, hanya sedikit sahaja keperitannya…. Itu pun membuatkan aku hampir berputus asa…. Astaghfirullah….. Moga aku dijauhkan dari sifat putus asa…. sifat yang paling Allah tak suka…. Sejujurnya, aku tersangat kagum dengan kecekalan Rasulullah S.A.W., saat baginda berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan cacian dari kaum musyrikin Quraisy…. Sehingga ke akhir hayatnya, masih terbit dari butir bibirnya kalimah “ummati….ummati….ummati…”. Hal ini membuktikan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya…. Kita? Mungkin kata cinta itu hanya bermain di bibir sahaja. Kita masih belum mencapai tahap cinta kepada kekasih Allah…..
Harapanku, bersempena tarikh kelahiran Rasul Kekasih Allah yang jatuh pada tarikh lahirku juga… moga aku bisa mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati…. Moga aku bisa mencontohi akhlak baginda yang sangat mulia itu untuk aku aplikasikan dalam rutin seharianku sebagai hamba Allah yang ingin menjadi hamba yang mengenal erti syukur…. Syukur yang bagaimana? Taat perintah Allah, jauhi larangan-Nya, belajar mencintai Allah, kekasih-Nya dan agama-Nya merupakan salah satu cara untuk kita bersyukur…. & ianya juga mengajarkanku erti kesabaran yang tinggi… Yakinlah bahawa jika kamu melakukan sesuatu dengan niat yang baik, maka natijah yang akan kamu dapat juga baik… Dan Allah juga akan mempermudah urusanmu walaupun pada permulaannya kamu melewati detik-detik sukar dalam melaksanakan misi dakwah….UHIBBUKA YA RASULULLAH……Sollu 'ala khairin nabi....Allahumma solli 'ala muhammad.....
P/s : Alangkah istimewanya hari ini bila tarikh lahir Nabi jatuh pada tarikh lahirku…..Mungkin ini permulaan untuk aku belajar mencintai Rasulullah dengan sepenuh hatiku….. Belajar untuk merindui Rasulullah…..
No comments:
Post a Comment