create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Saturday, February 4, 2012

KEKASIH YANG DIRINDU...

Tatkala aku mengimbas kembali liku2 dalam perjalanan dakwahku selama ini…. Hati ini terasa sebak…. Sebak bukan kerana mengeluh…. tetapi kerana buntu, cara apa lagi yang harus aku lakukan untuk menyedarkan segumpal darah yang bernama HATI….  dan juga merasakan masih banyak kekurangan dalam diri yang harus diperbaiki…. Persiapan diri ini belum cukup mantap untuk mengharungi denai2 berliku dalam perjalanan dakwah sebagai seorang da’ie…. Saat atma ini terluka dan berasa takut, hanya Allah tempat aku mengadu…. Tempat memohon dan bergantung…. mohon agar diberi ekstra kekuatan untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang da’ie. Terasa pahit dan perit jiwa ini….Umpama menelan peria mentah berduri…. Aku sayangkan mereka…. sayang yang teramat, sehingga ke tahap aku tidak sanggup melihat insan yang aku sayang menjadi penghuni neraka kelak…. Bila aku terkenangkan perkara itu, aku menjadi takut yang teramat dan sebak…. Walaupun aku tahu, aku sendiri tidak layak untuk menjejaki syurga Allah….

Hari ini, tanggal 5 Februari 2012… genaplah umurku 22 tahun…. Tarikh tersebut yang jatuh pada 12 Rabi’ul Awwal, membuatkan aku terkesima buat seketika…. teruja, kerana tarikh lahirku pada tahun masihi jatuh pada tarikh kelahiran baginda Rasulullah!!  Ianya membuatkan aku terkenang dakwah Rasulullah S.A.W. satu ketika dahulu, di mana pada ketika baginda menyampaikan ajaran Islam ke seantero dunia, pelbagai onak dan ranjau yang terpaksa baginda tempuhi…. Baginda tetap bersabar dan masih mampu tersenyum serta tidak mengenal erti putus asa…. Semuanya hanya kerana agama yang Allah redha, juga kerana umatnya…. Iaitu kita.. Jika Rasulullah tidak mengembangkan ajaran Islam pada zaman Rasulullah…sudah pasti kita tidak akan dapat mengecapi nikmat iman dan islam sehingga ke hari ini…..

Bila diimbas kembali detik-detik dakwah Rasulullah S.A.W., ternyata teramat berat beban dan dugaan yang dihadapi oleh baginda… Apa yang aku lalui saat dan tika kini, hanya sedikit sahaja keperitannya…. Itu pun membuatkan aku hampir berputus asa…. Astaghfirullah….. Moga aku dijauhkan dari sifat putus asa…. sifat yang paling Allah tak suka…. Sejujurnya, aku tersangat kagum dengan kecekalan Rasulullah S.A.W., saat baginda berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan cacian dari kaum musyrikin Quraisy…. Sehingga ke akhir hayatnya, masih terbit dari butir bibirnya kalimah “ummati….ummati….ummati…”. Hal ini membuktikan kecintaan Rasulullah terhadap umatnya…. Kita? Mungkin kata cinta itu hanya bermain di bibir sahaja. Kita masih belum mencapai tahap cinta kepada kekasih Allah…..

                Harapanku, bersempena tarikh kelahiran Rasul Kekasih Allah yang jatuh pada tarikh lahirku juga… moga aku bisa mencintai Rasulullah dengan sepenuh hati…. Moga aku bisa mencontohi akhlak baginda yang sangat mulia itu untuk aku aplikasikan dalam  rutin seharianku sebagai hamba Allah yang ingin menjadi hamba yang mengenal erti syukur…. Syukur yang bagaimana?  Taat perintah Allah, jauhi larangan-Nya, belajar mencintai Allah, kekasih-Nya dan agama-Nya merupakan salah satu cara untuk kita bersyukur…. & ianya juga mengajarkanku erti kesabaran yang tinggi… Yakinlah bahawa jika kamu melakukan sesuatu dengan niat yang baik, maka natijah yang akan kamu dapat juga baik… Dan Allah juga akan mempermudah urusanmu walaupun pada permulaannya kamu melewati detik-detik sukar dalam melaksanakan misi dakwah….UHIBBUKA  YA  RASULULLAH……Sollu 'ala khairin nabi....Allahumma solli 'ala muhammad.....

P/s : Alangkah istimewanya hari ini bila tarikh lahir Nabi jatuh pada tarikh lahirku…..Mungkin ini permulaan untuk aku belajar mencintai Rasulullah dengan sepenuh hatiku….. Belajar untuk merindui Rasulullah…..


Friday, February 3, 2012

BUKU : THE SEALED NECTAR (TTG NABI MUHAMMAD SAW)

Pada tahun 1976, persidangan pertama tentang Sirah Nabi Muhammad S.A.W telah berlangsung di Pakistan yang ditaja oleh Liga Muslim Dunia. Liga ini telah menganjurkan pertandingan menulis Buku Biografi junjungan besar Muhammad S.A.W. Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah 50000 Saudi Riyal (RM60000-RM65000).
Akhirnya, ar-Raheeq al-Makhtum (The Sealed Nectar) telah memenangi pertandingan ini dengan mengenepikan 170 manuskrip biografi Rasulullah S.A.W yang lain.
Tentang Penulis
Safiur Rahman al-Mubarakpuri ialah ulama' besar di Universiti Islam Madinah. Beliau lahir di Mubarakpur, India.
Tentang Buku
Manuskrip setebal 584 muka surat ini memberikan gambaran yang jelas terhadap perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W sehingga Baginda S.A.W wafat. Permulaan buku ini membawa pembaca menelusuri susur galur keturunan Baginda S.A.W dan diakhiri dengan mengenal karakter dan akhlak Nabi Muhammad S.A.W.
Buku ini juga menerangkan kronologi peristiwa pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dengan kaedah yang begitu tersusun. Insya-Allah, jika anda mula memegang buku ini, anda akan merasakan payah untuk menutupnya kembali. Anda akan terkesima dengan hebatnya peribadi Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Percayalah, titisan air mata akan mengalir dari kedua-dua bola mata anda.
Banyak kisah sirah yang saya terlepas pandang selama ini. Dahulu, saya sangka nasyid ahli Madinah "Tola'al Badru 'Alaina" itu, dinasyidkan oleh penduduk Madinah semasa ketibaan Rasulullah S.A.W tatkala berhijrah. Namun, saya tersasar. Rupa-rupanya, nasyid ini dialunkan semasa ketibaan pulang Rasulullah S.A.W dan para sahabat dari medan Tabuk.
Malah, peristiwa perang Uhud amat menyentuh perasaan. Rasulullah dilindungi oleh sembilan orang sahabat (tujuh Ansar dua Muhajirin) semasa serangan balas pihak Quraish. Tujuh orang Ansar syahid, manakala Saad bin Abi Waqqas R.A dan Talhah bin Ubaidillah R.A mempertahankan Nabi dengan bersungguh-sungguh.
Sehingga Abu Bakar R.A mengatakan Hari Uhud ialah Hari Talhah R.A. Manakan tidak, Talhah R.A. tercedera di tangan dan terputus jarinya kerana melindungi Rasululah S.A.W. Tidak hairanlah, Saad R.A dan Talhah R.A tergolong dalam sepuluh orang yang dijanjikan Syurga.
Kesimpulan
Sesungguhnya, jiwa setiap Muslim itu pasti mencintai junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kerana apa? Kerana, melalui Baginda kita dapat mengenal Islam dan beriman kepada Pencipta sekalian alam yakni Allah azzawajalla.
Memupuk cinta kepada Rasulullah S.A.W amat penting seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran:
Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutlah aku (yakni Islam, ikut al-Quran dan As-Sunnah), maka Allah akan mencintai kamu. (Ali Imran:31)
Marilah sama-sama memperbanyakkan selawat pada Baginda Rasulullah S.A.W. Dengan memperbanyakkan selawat, itu tandanya kita mencintai Baginda.
"Allahumma Solli 'Ala Muhammad, Wa'ala ali Muhammad"