Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Seseorang hamba melakukan satu dosa lalu ia berkata : ‘Wahai Rabb, aku melakukan satu dosa, maka ampunilah aku.’ Maka Allah berkata : ‘Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Kemudian setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata : ‘Wahai Rabb, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah kemudian berkata : ‘Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Kemudian setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata : ‘Wahai Rabb, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah SWT berfirman : ‘Apakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku – sebanyak tiga kali – maka lakukanlah apa yang disukainya.’ “
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment