1. Pemimpin yang Adil.
2. Pemuda yg hidup dlm ketaatan kpd Allah.
3.Lelaki yg hatinya t'paut dgn masjid.
4. Dua org yg saling cinta-mencintai kerana Allah,berhimpun kerana Allah s.w.t & berpisah kerana Allah s.w.t
5.Lelaki yg dirayu oleh perempuan yg jelita utk mengerjakan zina lalu ia b'kata;"AKU TAKUT AKAN ALLAH"
6. Lelaki yg menyembunyikan sedekahnya,sehingga tangan kirinya tidak tahu dgn apa yg disedekahkan oleh tangan kanannya.
7. Seorang lelaki yg mengingati Allah s.w.t dlm keadaan b'sendirian maka mengalir air matanya.
( H.R Bukhari & Muslim )
Baik ... Inilah 7 unsur kpd masyarakat madani yg kita idam-idamkan.Klu wujud ketujuh-tujuh unsur ini dlm sesebuah masyarakat maka masyarakat itu ialah masyarakat madani yang sebenar.Dan jikalau wujud ketujuh-tujuh unsur ini dlm sesebuah negara maka negara i2 ialah negara madani sebenar, kerana unsur-unsur ini melengkapi semua lapisan masyarakat pada suatu negeri. Mereka i2 ialah:-
1. Pemimpin yang adil.
Pemerintahan yg adil i2 akn disenangi oleh rakyat kerana rakyat merasakan kebahagiaan drpdnya. Maka akn wujudlah kerjasama & kesefahaman antara rakyat dgn pemimpin dan akn majulah megeri i2. Akan tetapi kalau pemimpin i2 zalim, maka ia tdk disenangi oleh rakyat & tdk mndpt kerjasama dari mereka , maka segala sesuatu tidak dapat b'jln dgn lancar , maka susahlah utk mencapai kemajuan. P/s utk diri:
Maulana Innamul Hasan rah. pernah berkata; " Walaupun semua dai' semuanya ikhlas, Walaupun semua dai' membri pengorbanan, Walaupun usaha b'jln dgn cara yg betul, TETAPI.. Hati - Hati tidak b'satu , usaha kita tdk akan b'hasil"...
2. Pemuda-pemuda yg rajin b'ibadat.
Bisanyew yg rajin b'ibadat i2 hanya org yg sudah tua. Adapun ank muda maka mereka byk bermain dan mengisi wak2 dgn hiburan dan perkare2 maksiat. Apabila di suatu negeri dpt t'bina ank2 muda utk rajin b'ibadat maka suasana akn berubah dari pesta maksiat kpd suasana amalan dakwah , ta'lim wa taa'llum , i'badat serta khidmat." Ya Allah masukkanlah diriku dlm golongan ini".
3. Seorang lelaki yg hatinyew sentiasa terpaut dan cinta akn masjid, musolla (sewak2 dgnnyew). Mereka menjadikan masjid sebagai syiar agama, khususnya utk solat b'jemaah dan kegiatan2 yg lain.Pabila mereka keluar dari masjid setelah solat subuh mereka b'tanya kpd hati mereka, ""Erm, bile ye aq akn ke masjid smula?? Sudah tentu hati mereka yg cinta dn masjid i2 akn menjawab : ""Nanti aq akn kembali lagi ke masjid utk solat zohor. Dan begitulah keadaan seterusnya . Syiar agama nyata kelihatan dimasjid. Hati mereka tertaut dgn masjid. Masjid ialah jantung bagi sesebuah tempat.Mari kita lihat apa yg berlaku kpd masjid di negara, negeri , daerah , dan kampung kita, pasti kelihatan banyak tiang- tiang drpd jumlah bilangan org yg hadir ke masjid. Statistik menunjukkan klu x silap penduduk malaysia yang menunaikan solat hanya 20 % . Itupun klu kite perasan dan ad perasaan msjd akn didatangi oleh golongan K.R.U ( kumpulan rambut uban).Ramai orang tua, mane anak muda??Sbb ape? Tidak dpt tidak melainkan faktor USAHA DAKWAH telah ditinggalkan & dikuburkan sekian lama oleh masyarakat kita.
4. Dua orang lelaki yg saling kasih - mengasihi dan cinta - mencintai kerana Allah .
Masyarakat madani adalah didasari dgn kecintaan yg ikhlas di antara para penduduknya. Perniagaan, pertanian, pertukangan, industri p'khidmatan dan sebagainya adalah dilaksanakan atas dasar cinta bkn ats dasar utk mengaut keuntungan semata-mata.Kalau peniaga cintakan pembeli maka peniaga tdk akn menipu pmbeli. Kalau seorang rakan mencintai rakannya maka dia akan mengajak rakannya supaya mentaati perintah Allah s.w.t mengikut sunnah Rasullullah s.a.w. Dan begitulah seterusnya.
5. Lelaki yang kuat imannya sehingga tdk mudah dipengaruhi oleh godaan yg dtg mengganggunya.
Walaupun godaan i2 dtg dlm keadaan yg sangat menggiurkan, dan dlm suasana yg sangat memberangsangkan, lelaki i2 tetap mempunyai pendirian yg teguh dan sentiasa berkata ;Inni Akhafullah("Saya Takut akan ALLAH ").Perkara ini tdk akan b'laku jika iman di dlm diri tidak kuat.So,How to get the pure Iman ?One day, Rasullullah s.a.w said to Sahabah r.hum; Jaddidu Iimanakum with ""Qauli Lailahaillallah"".Therefore, we must Renew Our IMAN with always say the greatness of Allah wif our tongue; Look the merciful of creatness by Allah wif our eyes ; Hear more and more about the powerful of Allah wif our ears; Think about the powerful,greatness of Allah s.w.t wif our mind.. Let's Try It!! =)
6.Penderma2 yg ikhlas yg menyumbangkan hartanya utk kesejahteraan umat ini.
Mereka ialah golongan yg menyembunyikan sumbangan mereka.Mereka tdk mengharapkan apa2 pujian atau sanjungan dari Makhluk menderma semata-mata mencari pahala dan reda di sisi Allah s.w.t Mereka suka membela nasib org yg lemah . Mereka suka membantu golongan yg krg bernasib baik, tetapi mereka tidak mempunyai tujuan yg lain drpd mencari keredaan Allah s.w.t.
7. Taqwa dan Ikhlas Kpd Allah.
Golongan yg byk b'munajat kpd Allah, byk b'zikir, sama ada b'sendirian atau bersama org ramai. Mereka byk bertaubat dan menagis di sisi Allah .Apabila nama Allah disebut dilidah mereka , hati mereka rasa gentar, hiba dan khusyuk , takutkan siksa & azab Allah , harapkan redhanya lalu mereka mengalirkan air mata sebagai luahan dari perasaan yg menyesak didlm dada. Ya Allah , jadikanlah diriku senantiasa merintih dan mengadu simpati hanya kepadamu. Ya Allah berilah kemanisan ini.
Tuntasnya, marilah sama-sama kita bersegera untuk mengamalkan segala amal kebaikan kerana Nabi s.a.w prnh brsbda; ""Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat , maka setahun dirasakan seperti sebulan, dan sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari , dan sehari dirasakan seperti satu jam, dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api"". (H.R Tirmizi)
Kita perlu sabar dgn perlian dan cacian org yg memandang enteng dlm kita melakukan amal yg baik..Kita prlu kasihan kpd mereka yg jauh drpd agama Allah kerna mereka tdk mengerti dan tdk mengetahui.Kita perlu ajak dan doakan mereka supaya sama-sama lakukan amal kebaikan.Hal ini kerana suatu ketika agama Islam telah berkembang dengan pesat maka Nabi s.a.w prnh b'sbda kpd para sahabat lbh krg mksdnya; ::Agama Islam dtg dlm keadaan asing(ghorib), Dan ia akn kembali dlm keadaan asing , Maka BERBAHAGIALAH mereka yang asing, maka b'tanya para sahabat:""Siapakah golongan yang asing ya Rasullullah?'" Umatku di akhir zaman yang menghidupkan sunnah yg dimati-matikan oleh umatku. ''
Ada juga hadith drpd Anas r.a brkta:Rasullullah s.a.w b'sabda:-
""Akan datang kpd umatku suatu zaman dimana org yg berpegang kpd agamanya laksana menggenggam bara api"". (H.R Tirmizi)
Rujukan: Muzakarah Iman & Amal(Ustaz Mustafa)
Arbaina Ahadith A'nil Akhlaqul Qiram(Abu Ali Al-Maliki)
Muntakhab Ahadith(Maulana Yusuf)
Doa untuk Umat Nabi Muhammad s.a.w
Ya Allah, Kasihanilah umat Muhammad s.a.w
Ya Allah, engkau perbaikilah umat Muhammad s.aw
Ya Allah,berilah kejayaan kpda umat Muhammad s.a.w
Ya Allah, ampunilah segala dosa umat Muhammad s.a.w
Ya Allah, engkau berilah taufiq dan hidayah kepada umat Muhammad s.aw.
- Wallahua'lam -
::Semoga Semua Dapat Amal & Sampaikan::
No comments:
Post a Comment