create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Friday, February 11, 2011

TERBARU!!!HOSNI MUBARAK SAH RESIGN!!!

Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir

Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

NONEBerita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarnya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh. 

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.

NONEEnam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah. 

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981. 

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan. 

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.






Thursday, February 10, 2011

CORETAN KALI INI....

Alhamdulillah…..Segala puji bagi Allah, Tuhan yg mnciptakan sekalian alam, serta tidak pernah putus memberikan nikmat kurnia-Nya kpd hamba2Nya..betapa besarnya kasih sayang Allah kepada kita…. Malu rasanya bila kita memikirkan, merenung semula, kalo boleh senaraikan nikmat2 yg telah Allah berikan…masyaAllah!!! X terhitung!!!Malu sangat2…Sebab kita asyik dgn kenikmatan dunia, tanpa memanjatkan rasa syukur kepada Dia…Seolah-olah kita ni idop selama-lamanya..Padahal nikmat dan ketenangan di dunia ni adalah ladang menuju akhirat…Ya Allah…betapa hinanya hamba-Mu ini….Hamba yang tak pernah dan tak tau bersyukur atas segala nikmat pemberian-Mu yang FREE OF CHARGE!!!!
                Bila umurku menjangkau 20 tahun, baru aku faham dan benar2 faham, makna sebenar dan erti SYUKUR….MasyaAllah….selama 19tahun waktuku terbazir begitu sahaja…pada ketika itu, ibadat entah ke mana…Hanya yg wajib sahaja mnjadi keutamaan…yang sunat??ruginya….Namun begitu, di saat umurku sudah mencecah 20tahun, Allah memberikan nikmat-Nya yang paling besar dalam hidupku!!iaitu nikmat mendapat hidayah, nikmat iman dan nikmat Islam…Alhamdulillah…Aku rasa disayangi Allah kerana Dia x membiarkan aku terumbang-ambing ditelan arus dunia fana….Dia pimpin aku supaya berpatah balik menuju ke jalan-Nya….Masya Allah….mengalir airmataku di saat aku mengenangkan semua ini….Aku nak nangis puas2..tapi aku malu, nanti rumate aku nampak…. Aku kalo bleh nak nangis sorang2…baru aku rasa puas..masa tu antara aku dengan Allah je….xde org lain…Aku dpt merasakan kasih sayang Allah, belaian Allah, cinta Allah, maghfirah Allah..Ya Allah…indah sangat2 waktu itu…aku merindukan waktu itu….walaupun aku sedar, aku x layak nak memiliki cinta Allah…siapalah aku ni….banyak dosa…hati kotor…..tapi aku yakin,,.Allah tu Maha Pengampun…Pengampunan Allah tu luas…aku percaya, 1 hari nanti pasti aku dapat merasai bagaimana rasanya bila kita sudah mencintai Allah….
                Dalam kesibukan urusanku di Universiti, aku sedar bahawa Allah benar2 nak menguji aku, sejauh manakah kesetiaan cintaku pada-Nya?? Allah nak uji, benarkah aku ingin menuju kearah cinta Illahi?? Aku xkn lepaskan kemanisan iman yang dah aku genggam!!!! Manis sangat2!! Kemanisan peristiwa2 lain xdapat menandingi kemanisan merasai keimanan, cinta Allah dan redha Allah… Bila aku rasa aku ada buat sesuatu yg Allah x suka, aku akan rasa bersalah gila…..rasa berdosa pon ada…Hanya Allah tempat aku mengadu…Bila aku ada masalah pon, Allah juga tempat pertama aku mengadu….Begitulah rasanya bila kita dah dapat rasai kemanisan iman. Keyakinan kita kepada Allah dan agama-Nya sangat kuat…Dah x heran dah dgn tohmahan dan psiko picisan dari orang sekeliling… Yang penting, apa yang kita buat, hanya utk Allah, Tuhan yang Maha Kaya…




                Tapi kan… Bila Allah datangkan rasa takut tu kepada aku, darah berderau….sejuk dari kaki sampai kepala…menggigil…sebab membayangkan bagaimana bila kita mati nanti… Ku pujuk hatiku… Itu Cuma mainan syaitan yang mengambil kesempatan memomokkan hatiku dgn sakitnya mati saat atmaku lemah…. Kalo aku takut, maknanya aku masih cintakan dunia….Sepatutnya, kalo aku betol2 nakkan cinta Allah, aku kena merindui mati..sebab xsabar nak bertemu dengan Allah….Dari situ timbul pula persoalan, layak ke aku nak bertemu dgn Allah..Allah sudi ke pandang wajah aku?? Bila aku dah memikirkan semua benda kat atas ni, aku dah xnk fikir pasal benda lain…waima pasal kahwin sekalipon(kikikikiki) …Tapi kan, sahabat2 aku selalu pesan, naluri utk menikah tu fitrah manusia…salah satu Anugerah Allah yang besar…dan hidup ini harus diteruskan..Seimbangkan duniawi dengan ukhrawi…. Itu pesan sahabat2 aku….Sekali lagi, ku pujuk jiwaku yang berlagu pilu…bernada lara… Nikah tu penting gak…sebab kita nak kembangkan umat nabi Muhammad SAW…Nak lahirkan bakal2 Da’ie…Bakal peneraju dan pembangun syiar Islam!!! Nak cintai suami kita kerana kita nakkan cinta Allah…Kita mencintai Allah melalui suami kita…itu tujuan utama…bukan atas dasar nafsu semata.
                Sekali lagi Allah uji aku….Aku demam…x boleh bangun….rumate aku kata, muka aku biru…Pucat… Aku terkedu kerana keprihatinan dia terhadap aku… Rasa sedih pun ada… Sebab dia risau keadaan aku…. Lepas tu, ada yang datang melawat aku…. Rasa cam nak nangis…. Sebab aku x pernah diperlakukan seperti ini….Terharu sangat2…Kin, Kak Raudhah, Fiqa, Bainun, Kak Kinah, Kiah, Sara, Kak Saadah…….Diorang semua amek berat time aku sakit, time aku susah… aku bersyukur sebab Allah kurniakan aku sahabat2 yang ambil berat pasal aku….Itulah kasih sayang Allah…Allah salurkan melalui kasih sayang dari sahabat2 aku….. Terasa indah hidup ini, walaupun pada hakikatnya perit untuk aku telan….
                Cukup je la, sampai di sini sahaja coretan ku pada kali ini…Kalo nak tulis semua memang x abes… Aku tulis mana yang patut. Yang mana akub rasa boleh dijadikan iktibar dan teladan utk semua, aku coretkan di sini. Tak lain tak bukan, semuanya semata-mata kerana Allah,…Ini sahaja yang mampu aku lakukan untuk islam…Agama yang aku cintai…Agama yang membawaku kepada cinta dan redha Allah….
Wassalam….
Sundus Al-Jauhari 


Friday, February 4, 2011

WANITA DI SISI LELAKI...

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita. 



-Sundus Al-Jauhari-








Wednesday, February 2, 2011

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir


oleh Abu Khuzaifah pada pada 31hb Januari 2011 pukul 8.07 ptg
Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
sumber: http://goo.gl/KDkfI


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga
http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.




dipetik dar
http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html
goo.gl
Egypt: Protests Enter Sixth Day Amid Jail Breaks; PM: We're Watching Egypt Closely; Thousands of Egypt's Inmates Escape; US Embassy tells Americans to weigh leaving Egypt; Thousands of inmates escape