“Hanyalah
cinta-Nya yang amat ku harapkan, tiada lain yang jadi rayuan…. Namun Dia Maha
Mengerti, tak mampu insan bersendiri…. Menempuh dugaan yang menguji naluri...”
Tersentap jiwa
ini tatkala mendengar bait lagu Kias Cinta dendangan Suhaimi Saad. Membuatkan
diri ini termenung seketika. Hati ini lantas tertanya-tanya, mengapa pedih dan
duka yang ditanggung hati ini saat cinta insan menyapa. Sedang orang lain
berbunga-bunga hatinya tatkala disapa cinta hatinya.
Menangis.
Membawa diri ke
lokasi2 yang membuatkan kita rasa begitu akrab dengan Allah.
Itu yang berlaku.
Jatuh cinta?
Adakah itu berdosa? Sudah tentu tidak. Cinta itu anugerah. Cinta itu fitrah.
Paling penting, bagaimana cara untuk diurus perasaan itu agar diri tidak
melakukan perkara2 yang Allah tak redha. Agar diri dan hati sentiasa dijaga
dari fitnah dan bunga2 zina.
Manusia. Bisa
membuat spekulasi apa sahaja. Bila mendengar seseorang jatuh cinta sewaktu
masih dalam tempoh pengajian, pasti akan dicop gatal, dan sebagainya. Sedangkan
Allah sudah ciptakan garis panduan yang cukup cantik dalam hal ehwal
menguruskan cinta.
Diri ini juga
begitu. Saat pertama kali kaki ini melangkah ke alam universiti, tidak
terlintas di hati sedikitpun untuk mencari cinta di alam kampus. Niat sudah
dipasang elok2. Hati senantiasa mentajdid niat untuk menggali ilmu.
Tahun pertama. Kehidupan
sebagai seorang mahasiswa berjalan seperti biasa.
Tahun kedua.
Sudah mula berjinak-jinak dengan dunia organisasi.
Tahun ketiga.
Hati mula disapa cinta kepada seseorang yang dikagumi akhlak dan budi
pekertinya. Ditambah dengan seseorang itu bergiat aktif dalam kerja-kerja
dakwah dan tarbiyah. Itu merupakan satu pakej bagi seorang muslim yang mukmin. Hmm...
Semakin kuat ditolak perasaan itu, semakin kuat ia mencengkam jiwa.
Mengapa sukar
dibuang rasa ini, sedangkan pelbagai usaha sudah dilakukan untuk melupakan
insan tersebut. Mencari cinta manusia bukan matlamat utama. Tetapi, diri ini sedar, segala2nya adalah aturan Allah. Mungkin sudah tiba masanya untuk Allah menguji diri ini dengan sapaan cinta
manusia. Hanya mendekatkan diri dengan Allah sahaja penawar yang paling mujarab
bagi mengisi relung hati ini dan juga untuk mengubati luka di hati ini. Nak diluah? Sungguh! belum tiba masa yang sesuai.. Jangan sembarangan luah... Jangan gopoh... Bimbang jadi salah.
Sekali lagi
persoalan menerawang di minda. Kenapa hati ini berduka saat hati disapa cinta
kepada si dia?
Tenang hati di
saat terpandang wajahnya.
Terluka hati di
saat mengenangkan perasaan cinta yang menyapa.
Aku punya
matlamat.
Aku akan pastikan
kerja-kerja dakwah dan tarbiyahku tidak terkandas di tengah jalan. Tidak akan
aku izinkan diri ini keluar dari jemaah haraki. Tidak akan ku izinkan hati ini
jauh dari cinta terhadap urusan dakwah.
Bagaimana
caranya?
Salah satu cara
ialah dengan memilih calon suami yang bergerak dalam dakwah dan tarbiyah.
Memohon kepada Allah agar dikurniakan jodoh yang menjadikan dakwah sebagai “isteri
pertama”nya. Dengan cara ini, cita2 ingin menjadi sayap kiri perjuangan si suami
dalam meneruskan perjuangan dakwah tersebut akan terlaksana. Jadikan ini sebagai matlamat dalam
Baitul Muslim. Kerana ingin meraih redha Allah itu banyak cara. Dan salah satu
caranya ialah dengan memilih jodoh yang bergerak kerja dalam dakwah dan
tarbiyah bagi individu2 yang cintakan dunia dakwah haraki. Jangan lupa juga,
sentiasalah berdoa agar ditetapkan hati dalam kerja2 dakwah. Sentiasalah berdoa
agar matlamat sebenar dalam berjuang tidak terpesong sedikit pun. Ini matlamatku.
Diakah orangnya?
Sungguh! Jodoh itu rahsia Allah! Jodoh itu sesuatu yang sangat misteri.. Tiada seorang manusia pun yang tahu siapa jodoh seseorang kecuali Allah Azza Wa Jalla.
Diakah orangnya?
Sungguh! Jodoh itu rahsia Allah! Jodoh itu sesuatu yang sangat misteri.. Tiada seorang manusia pun yang tahu siapa jodoh seseorang kecuali Allah Azza Wa Jalla.
Biarlah
segala amal perbuatan kita disandarkan hanya kerana Allah SWT. Tuhan yang paling layak menerima segala puji dan puja.
Adakah sudah tiba
masanya untuk diri ini memikirkan tentang hal ehwal Baitul Muslim? Persoalan
ini masih belum terjawab.
..................................
p/s : Hanya
melihatnya dari jauh sudah cukup, demi menjaga batas yang ada. Demi menjaga
hati yang sedang disapa cinta. Walaupun sakit, hati tetap harus yakin, yang
Allah takkan sekali-kali pernah berlaku kejam terhadap hamba2Nya... Boleh jadi,
di sebalik kesabaran yang dipupuk dan jarak yang dijaga, di sebalik doa-doa
yang dipanjatkan saban hari dan saban waktu, tak mustahil individu yang menjadi
perhatian itu adalah jodoh kita 1 hari nanti.