ASSALAMUALAIKUM.......
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian,
Ukhwah yang terjalin antara sesama manusia merupakan salah satu elemen yang penting dalam memastikan keharmonian bukan sahaja hubungan antara manusia (Habl min an-Naas), malah hubungan antara kelompok dan juga masyarakat.. Maka, di sini ingin aku ketengahkan pendapat seorang tokoh Sosiologi Barat, Herbert Spencer (1820-1903) yang berpendapat bahawa masyarakat itu sebagai satu organisma dan dengan ini beliau menyatakan bahawa semua institusi dalam masyarakat saling berkaitan antara satu sama lain dalam membentuk suatu keseluruhan yang berfungsi.
Konsep yang cuba diterangkan di sini ialah, Spencer cuba mengandaikan bahawa masyarakat itu mempunyai persamaan dengan anggota badan sesuatu organisma itu, misalnya dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada beberapa dan ianya sama dengan organisma haiwan yang mempunyai bahagian-bahagian anggota fizikalnya dan setiap bahagian tersebut sentiasa berkerjasama dan berfungsi antara satu sama lain untuk menjamin perkembangan masyarakat berkenaan. Jadi, jika salah satu anggota pincang, maka akan pincanglah anggota yang lain.
Sahabat-sahabat yang dicintai…..….
Makhluk ciptaan Allah Azza Wa Jalla yang bergelar manusia sememangnya tidak akan dapat lari dari ujian dan dugaan sepanjang perjalanan hidupnya. Tanpa ujian dari-Nya, hidup manusia akan ketandusan warna. Ujian itulah yang meronai kehidupan manusia di muka bumi. Jika tiada ujian dan dugaan dalam hidup manusia, seri warna kehidupan akan pudar dan malap. Ujian itu terzahir dalam bentuk yang variasi.
Manusia yg diuji adalah manusia yang mendapat perhatian dari Allah. Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih. Maka, beruntunglah mereka yang sedang dan senantiasa diuji. Usah mengeluh saat kita diuji dengan dugaan yang pelbagai. Hal ini kerana keluhan itu seolah-olah kita tidak mensyukuri nikmat kesusahan yang Allah beri. Pada pendapat saya, adalah lebih baik seseorang itu diuji dengan kesusahan kerana apabila seseorang berada dalam kesulitan, dia akan mencari Sang Pencipta. Manakala jika diuji dengan kesenangan, kebanyakan manusia menjadi alpa dan mudah hanyut dengan arus dan gelombang dunia fana.
Di sini ingin aku kongsikan dengan kalian berkenaan kemanisan dalam berukhwah saat ujian menimpa sahabat seperjuangan. Kesakitan itu terasa di hati ini di saat insan yang dekat denganku teruji… insan yang bergelar sahabat seperjuangan…. Jika diturutkan hati ini, mahu saja aku membantunya, tetapi kudratku tidak mampu…. Aku seolah-olah buntu… Hanya doa yang mampu ku hulur untuknya agar Allah mencampakkan ketenangan di hatinya…. Agar dia tetap berada dalam kalangan orang2 yang sentiasa bersabar……
Sesungguhnya, aku mengakui bahawa Allah sedang menjanjikan kemanisan untuknya setelah dia melalui saat2 kepahitan yang terpaksa ditelan. Allah telah berfirman di dalam kitab-Nya iaitu al-Quran surah al-Syarh ayat 5 hingga 6 :
• • •
5. Kerana Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Inna ma’al usri yusra….. Manisnya bila berukhwah…. Cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit…. Di saat sahabat kita di dalam kesulitan, kita turut merasai keperitan yang dia rasai…. Walaupun kita tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul….. Jadi, hadiah terbaik dari seorang sahabat untuk sahabatnya yang lain ialah kita mendoakannya agar diberi ketenangan jiwa, kesabaran & ditingkatkan tahap keimanan, tanpa si sahabat tahu yang kita mendoakan dia. Bersyukurlah andai kamu dikurniakan sahabat yang sentiasa mendoakan kamu…. Sahabat yang baik tidak akan sanggup melihat kamu menderita bersendirian. Sahabat yang baik juga akan menangisi penderitaan kamu tanpa pengetahuan kamu, dek kerana ketidaksanggupan hatinya melihat kamu menjalani penderitaan yang amat memeritkan.
“BERSAHABATLAH KERANA ALLAH….. CINTAILAH SAHABATMU KERANA ALLAH…. SAYANGILAH SAHABATMU KERANA ALLAH…… KERANA SAHABATMU ITU ADALAH MILIK ALLAH….
.
Wallahu a’lam……