create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Sunday, December 26, 2010

PELAJAR UIA MIMPI BERTEMU RASULULLAH.....







Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.
Assalamualaikum w.b.t

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ya Allah…..di saat aku sedang menikmati kebesaran-Mu di pinggiran pantai….Engkau telah menghendaki aku untuk membaca kisah ini….jadi…redhakanlah niatku ini untuk perkongsian bersama umat Muhammad SAW yang lain….agar mereka dan diriku juga menjadi insan yang mendambakan cinta-Mu dan cinta Rasul-Mu…..

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23

tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah

di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmuperubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit

yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin

Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh

kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp

diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang

daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;

“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di

situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan

betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir saat membaca nukilan ini..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!! Hanya engkau yang layak untuk aku cintai setelah kuserahkan cintaku untuk Allah.....

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)


Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.


Sundus Al-Jauhari



Saturday, December 4, 2010

MONOLOG SEPI SEORANG PERINDU...

Atma yang resah acap kali meronta…
Terkapai-kapai ditelan ombak dunia fana….
Ibarat meranduk salju di kutub utara…
Umpama menongkah angin di gurun sahara
Dimanakah hala tujuku yg sebenarnya…
Dalam mencapai kedamaian hati yang lara…
Tertanya-tanya aku..
Perasaan apakah ini sebenarnya?
Rasa tidak keruan mulai melanda…
Benar atau salah tindakanku selama ini….
Dalam menjalani hari2 yang penuh onak berduri….


Tatkala Nur hidayahMu menyapa jiwa…
Terasa tenang jiwa yang bergelora…
Walaupun pada mulanya…
Sejuta ketakutan yang menghunjam jiwa…
Ku tarbiyah diri ini…
Mujahadah melawan pandangan majazi…
Demi menerima hakikat yng hakiki….
Hakikat ketentuan Rabbul Izzati….
Kematian adalah perkara yang pasti…
Tiada yang boleh menyangkalnya lagi…




Hari demi hari kian berlalu….
Jiwa yang resah bertukar rindu…
Rindu untuk menitiskan airmata seperti dulu…
Merintih dan merayu padaMu….
Menghambakan diri hanya padaMu…
Mengharap hanya cinta dan redha Mu…
Aku ingin menjadi seperti Rabiah al-Adawiyyah…
Melabuhkan cintanya hanya untukMu…
Menjadi seorang pemburu rindu…
Siang dan malam ta’abbud hanya padaMu…
Mampukah aku menjadi sepertinya??
Layakkah aku memiliki cintaMu sepertinya??

Terima kasih Ya Allah…
Atas kurniaan hidayahMu…
Buat hambaMu yang lemah dan akur padaMu….
Ampuni aku Ya Ghafur…
Kasihani aku Ya Rahim…
Terbitkanlah rasa cinta di hatiku hanya kepadaMu….
Kerana hanya Engkau sahaja yang layak untuk aku cintai…
Engkau tidak pernah jemu…
Untuk mencintai hamba-hambaMu….
Kerana aku tahu…
Hanya Engkau pemilik cinta agung…
Cinta Hakiki….
Cinta abadi….


Lahir dari hati….
-Sundus Al-Jauhari-





Wednesday, November 24, 2010

AIR OH AIR!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
É

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Mencipta sekalian alam..serta selawat dan salam keatas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W…

Hari ini merupakan hari yang amat huru-hara di bumi Gong Badak..Termasuk bumi UniSZA yang tercinta..sebab ape?? Sebab air xde.. lagi la huru hara sebab ni minggu exam…lagi la kesian kat budak2 yang ada paper hari ni…haha…macam2 istilah keluar dari mulut kawan2 aq.. setelah aku wat pemerhatian, purata perkara percakapan budak2 kt UniSZA  ni adalah berkisar mengenai AIR, AYAQ, AYOR, AYER, CECAIR, LIQUID, BANYU(ni bhsa Jawa).. DLL.. Memang kelam kabot…terutama kaum Hawa…huhu…biase la tu…faham2 jela…wanita ni ada macam2 masalah…nak tu la..nak ini la…tapi, walau cane pon, ketiadaan air kali ni paling teruk, sebab Syarikat Air Terengganu (SATU) mengisytiharkan ketiadaan air sbb dorg nk rawat air…kot…kalo salah xtau le…sehinggakan terpacul istilah NON-WATERISME dari bibirku…

Yang paling aq geli hati, apabila di mana2 sahaja si gadis membawa baldi ke hulu ke hilir…yang si jejaka membawa tuala ke sana ke mari…waima naik motor sekali pon…yang naik motor tu ada yang muka baru bgn tido…adus..kelakar abes..tapi aq kagum dengan mereka ni…semangat yang berkobar2 sebab xnak jadi kambing..huhu…

Selalunya kalo xde air skali pon, ada ler sikit2 nk wat tadah tu…utk stok  mandi…ni langsung xde…td cm buntu gak…. Terlintas kat kepala nk wat demo mcm kt UKM tu…aq nk bawak sepanduk yg bertulis NO WATER, NO EXAM…hahaha…tu angan2 je…Tapi aq rase aq antara org yg tenang dan rilek je, walaupun xde air…Sebab aq yakin..bila kita yakin bahawa segala buruk baik, nikmat dan musibah tu dtg dri Allah….Insya-Allah…Allah akan bantu kita..sebab kalo dalam kondisi sebegini…Allah nk uji, sejauh mana kesabaran kita dalam menghadapi ujian-Nya…Dan pada masa yang sama, kita juga perlu berikhtiar utk mencari air, sebab air tu penting..huhuhu…


Hujan yang turun bagaikan mutiara......


Sebentar tadi timbul juga penyesalan di sudut hatiku…kerana apa??? Sebab td aq ada ‘ter’ merungut…Aq rasa menyesal gila..sebab Allah baru uji sikit,,..Memang aq ni hamba yang xtau nk bersyukur….Ampunilah hamba-Mu yang hina ini, Ya Allah…Lagi la parah…tiba-tiba bekalan elektrik pulak terputus…waktu tengah hari pulak tu…memang Allah betul-betul nak uji kitorang semua…dah tu minggu exam..huhu..memang best la….

          Tiba-tiba…..jeng3……turunla ujan di waktu petang….. Alhamdulillah….. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…Dia faham kitorg tengah exam,…Dia turunkn ujan…dan aq bersyukur sangat2..Walaupun kita ni selalu tak ingat kat Allah…Allah masih setia menunggu kita supaya bertaubat dan ingat kat kita…serta Dia bagi kita nikmat Air Hujan….Maha Suci Allah…yang menjadikan segala sesuatu..serta Maha Pengampun lagi maha Penyayang….Sesungguhnya segala sifat2 mahmudah itu adalah milik-Mu….tiada yang berdaya melainkan Engkau, Ya Allah….

Hujan yang turun bersama airmata....


         Dan paling best sekali, ada yang amek wudhuk pakai air hujan…ada yang tadah air hujan pakai baldi…huhu….best betol la tengok diorang tadah air…..

Ni namanya baldi.....

Mintak maap la ye..kepada tuan punya baldi...huhu

Dok menadah air hujan....

         Ada satu kawasan lapang kat UniSZA ni dah jadi cam tasik pulok….jalan pon jadi becak sana, becak sini…maka…berduyun-duyun la kaum Hawa jalan terjinjit-jinjit..biasela..takut kaki basah…takut stokin basah..tapi basah jugak akhirnya….hahaha…lagi satu..inilah masanya untuk tunjukkan skill sebagai seorang MINAH PAYUNG yang kelass gitu…huhu…

Tasik xde nama...

Pemandangan dari Blok Fatimah...

Kat bawah pokok....pon ada kolam...huhu



          Longkang-longkang pon dipenuhi dengan air hujan..kalo semut yang tengok, dia kata sungai..sebab air deras gila ..haha…Tapi walau bagaimanapon…ianya tetap menjadi pengalaman yang manis bagi aq sebab ianya mengajar aq macam mana nak jimat pakai air…macam mana nak cari air…huhu…mmg adventure la… Syukur pada Allah..kerana Dia dah bagi pengalaman yang begitu berharga buat kita semua…

Ni namanya LONGKANG....

Cam air sungai..(walaupon longkang...)

Maka, kita sebagai rakyat UniSZA hendaklah :

 

1.     Bersyukur dengan nikmat kemudahan air yang dah Allah bagi…

2.     Bersyukur dengan pengalaman FREE tanpa bayaran…

3.     Jangan merungut bila Allah baru tarik sikit nikmat..

4.     Renung balik kesilapan diri…Mohon ampun pada Allah..Sesungguhnya Allah tu Maha Pengampun….Sebab mungkin ujian yang Allah turunkan ni adalah salah satu kifarah dosa2 kita semua…

 

Maaf la kalau ada yang terasa…tiada niat untuk menyakiti hati…coretan ini juga peringatan buat diriku yang acapkali lupa…sama-sama kita saling ingat mengingatkan….

 

          Wa akhirul kalam, segala yang baik itu datangnya daripada Allah….yang buruk tu datang dari diri saya sendiri..Walaupun pada hakikatnya baik dan buruk itu datang daripada Allah Subhanahu Wa Taala…Kerana apa yang Allah bagi kat kita semua pasti ada hikmah yang tak terduga…

 

          Wallahu a’lam…

Tuesday, November 9, 2010

AQ SUDAH BERSEDIA BERKONGSI KISAH BENAR INI DENGAN KALIAN SEMUA...

Terasa lelah hari ini, walaupun hari cuti….Tapi bagiku lelahku ini tidak menjadi masalah kerana ianya suatu kemanisan bagiku yang ingin mengejar redha dan cinta Illahi….Aq  melembarkan sehelai kertas kumal ini hanya sekadar berkongsi…mana tau, coretanku ini menjadi inspirasi anak2 muda yg seusia dgnku utk bermujahadah di jalan Allah….Nah….inilah topik yg ingin aku sentuh…MUJAHADAH DI JALAN ALLAH….ya…MUJAHADAH DI JALAN ALLAH…ya…MUJAHADAH DI JALAN ALLAH…(berapa kali mau ulang daa….). Mujahadah di jalan Allah demi mencari hidayahNya…..

                Seperti biasa….Bangun pagi, akan ku sahut dahulu panggilan Allah…itu yg penting sebagai seorang muslim yang bercita-cita untuk menjadi muslim yang mukmin….InsyaAllah…Moga Allah mendengar rintihan hatiku…..Terkadang, termenung itu menjadi satu kepastian kerana ada sesuatu yg ligat bermain di fikiranku jika “perasaan itu” datang….ya….aku rasa takut sangat bila “perasaan itu” muncul di kotak fikiranku….Terasa tak keruan…. Mahu tahu apakah yang aq maksudkan dengan “perasaan itu” ???? Sama2 kita baca coretan di bawah ini….

Mase bulan ramadhan minggu kedua, aq menyambut Ramadhan di bumi UniSZA yang semakin aq cintai... aq rajin bukak pesbuk (facebook)…tiba2 Allah gerakkan hati aq bace artikel2 berkaitan kiamat dan kematian…aq terus menggigil ketakutan dan jantung berdegup kencang. Mungkin waktu itu hidayah Allah dh smpi kt aq…sebab selama ni aq memohon doa kepada Allah supaya dikurniakan hidayah dan menjadi insan yang soleh..Alhamdulillah… Allah mendengar doa aq..dan Dia makbulkan….baru aq tahu bagaimana rasanya dapat hidayah dari Allah….ini nikmat terbesar dalam hidup aq selepas nikmat iman dan islam….aq pendam je perasaan takut tu selama seminggu… Muka aq pucat...terbayang di lubuk memoriku, bagaimana keadaanya bila kiamat nanti…bila aq mati…bila dajjal muncul…ketakutan aq pada ketika itu hanya Allah je yang tau…

Minggu ketiga bulan Ramadhan, masa hari yg aq nk g UKM xjadi tu…pagi tu kawan aq datang ke bilikku…dia nk pinjam barang..aq dah xtahan sgt…aq ceritakan segala-galanya pada dia smbil menangis xberhenti….dia yg tenangkan aq…dia peluk aq…dia kata kaki aq sejuk gila…badan aq menggeletar…ketakutan yang teramat pada ketika itu…….muka aq pucat sangat pada waktu tu....sampai terketar-ketar bibir...boleh jadi gila kalo aq tak kuat menghadapi ujian Allah masa tu…ramai yang kata aq demam..walhal..aq xdemam sebenarnya...Boleh dikatakan Aq mengalami gangguan jiwa pada ketika itu...Itulah ujian Allah yang paling besar dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam sepanjang hidup aq…..

Sejak dari hari itu…bila aq rasa takut je..aq akn bawa al-quran dan baca bila rasa takut tu datang….airmata sentiasa mengalir tnpa henti…waima dlm solat pun…sebab itu sapu tangan tak pernah lekang dari tangan aq…pada ketika itu rasa macam hal dunia ni  dah xde makne dah….rase macam nak beribadat je pada Allah..sebab takut sangat2….tapi kawan aq yang sorang ni selalu pesan pada aq…dunia dengan akhirat kena seimbangkan….petang isnin tu aq pegi jumpe pensyarah yg aq percayai…tak perlu lah sebut siapa namanya…Biarlah ianya antara aq, pensyarah tu, kawan aq tu dgn Allah je yg tau…..aq pun mintak la nasihat dia…depan dia pun aq menangis….hari-hari aq menangis selama 2 minggu…masa form6 aq pernah minta pada Allah…Ya Allah…Kau kurniakanlah rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepadaMu sebelum airmata ini habis…..itu doa yang seringkali nabi Muhammad panjatkan…Aq ambil doa ini dari buku Penenang Jiwa, Terjemahan Mukashafah Al-Qulub, karya Imam Al-Ghazali….ketakutan yg aku alami tu xde nilainye berbanding ketakutan yg dialami oleh para ulama', sahabat & org2 bertaqwa terdahulu....sbb tu diorg xlapar....Alhamdulillah.. Allah telah mengurniakan kepadaku bagaimana rasanya insaf..taubat nasuha,….airmata keinsafan….airmata penyesalan…atas segala dosa2 lalu….sesungguhnya Allah tu Maha Mendengar akan doa hamba2Nya yang benar2 ingin bertaubat…Dia bagi aq rasa kemanisan iman..alhamdulillah…manis sangat2….

Selepas itu…kerisauan terhadap keluarga pula datang….sedarlah aq pada ketika itu bahawa menjadi tanggungjawab aq untuk membimbing keluarga ke jalan yang diredhai Allah….sepanjang 2 minggu puasa dan seminggu raye…aq makan nasi 1 hari sekali je…kadang xmakan pun….makan bubur pun 2 sudu je….first..perasaan takut tu mengatasi rasa lapar…second,aq takut Allah xredha dengAn kenyang aq tu….tu yg aq mkn sekadarnye je…tapi Alhamdulillah…aq rse sihat sgt walaupun xmakan…Dan aq tau, keluarga juga menyedari akan perubahanku yang jarang makan….aq sedaya upaya menyembunyikan kegundahanku daripada dihidu oleh keluarga…Tapi, walaubagaimanapun…aq tak dapat menipu naluri seorang ibu…Aq tahu, mak sangat menyedari akan perubahanku…senyap je memanjang….tapi, mak tak pernah menyuarakan padaku….Biarlah kegundahanku kutanggung seorang diri…aq xnak kongsi dengan keluarga…aq xsanggup utk kongsi dengan mereka…biarlah mereka tahu dengan cara lain..bukan dari mulutku…

Pergi ke surau dan solat jemaah setiap waktu serta baca al-quran mendatangkn satu kepuasan dlm diri aq, yg mana ianya sukar untuk dikongsi dan dirasai jika xdisertakan dengan hidayah Allah, ianya sekaligus adalah cara untuk aq menghilangkan rasa takut yang melanda jiwa….dan bila xbuat solat2 sunat rawatib atau sunat yg lain, rase bersalah sangat2….sebab sekarang aq mengharapkn redha dan kasih sayang Allah…aq nak jadi seperti Rabiah Al-Adawiyyah..seorang serikandi Islam yg melabuhkan cintanya hanya utk Allah…tapi aq xmampu…aq mintak jugak kt Allah supaya bagi aq rase sikit…sikit pun jadilah…sebab, bila kita dah cintakan Allah, kita xkan rase takut untuk hadapi mati…kite akan rase tak sabar untuk mati sebab kita rasa rindu untuk bertemu Allah..walau bagaimana pon,aq ni tetap manusia…..aq rase sangat2 tak layak untuk menjejaki syurga Allah….sedangkan nerakalah tempat yang layak untuk aq…ibadah aq selama ini  sangat sedikit..tak dapat nak menyaingi ibadah muslim mu'min terdahulu….memanglah, siapalah kita ini untuk tidak mengharapkan pahala dari Allah…..kerana, hanya Dia tempat kita bergantung harap…tapi, aq tetap kagum dengan Rabiah Al-Adawiyyah…segala apa yang dia lakukan hanya kerana mengharap redha dan kasih sayang Allah…aq kagum sangat…cinta manusia aq ketepikan dahulu....sebab ajal tu bila2 masa je..aq yakin dengan janji2 Allah..kalo kita tiada jodoh di dunia, Allah janjikan jodoh yang terbaik di akhirat kelak…bergantung pada amalan kita semasa di dunia…

Aq sangat2 menentang mereka yang berkasih2an bila belum tiba waktunya…sebab mereka sendri dah sedia maklum…bercouple itu adalah bunga2 zina!!! Islam dah ajar cara yang betol nak salurkan rasa cinta tu….sebab tu aq rase sedih sangat2 bila kawan2 aq , semakin ramai yang ber’couple’..…walaupun mereka berlatarbelakangkan pendidikan beragama…maknenye…ilmu yang mereka dapat tidak dihayati, tidak dipraktikkan, tidak diamalkan….aq tau, aq ni manusia macam korang jugak….kadang2 alpa…x layak pon nk berkata2 seperti ini....dosa pon byk....tu semua ujian Allah….Allah nak tengok,bagaimana kita nak hadapi atau tangani ujian yang Dia bagi…terpesongkah kita? atau masih kuat memegang syiar Allah?? itu persoalan yang sengaja aq timbulkan dalam benak aq…aq nak bantu kawan2 aq..sebab aq sygkan korang ikhlas semata2 kerana Allah…sayangkan sahabat kerana Allah….lagipun…usia dunia ni entah sampai bila…aq selalu termenung bila fikirkan bende tu semua….

Aq bersyukur sgt2 pada Allah sebab Dia dah kurniakan hidayah pada aq pada usia semuda ni…itu membuktikan bahawa, Allah sangat kasihkan hamba2Nya…sebab tu la…Cinta Allah tak pernah mengecewakan…..cintaNya pada hamba2Nya tak pernah berkurang walau sedikit pun …. Percayalah….kejarlah Cinta Illahi…nescaya cinta insan soleh turut kau miliki…kalau tidak di dunia, di akhirat kelak…itu janji Allah…aq harap kisah hidup aq ni boleh dijadikan sebagai iktibar, atau titik tolak untuk kalian memulakan ekspedisi mengejar hidayahNya…demi mcari redha dan kasih syg Allah…

Inilah sebabnye, kenapa aq semakin rajin menyeru kawan2 di facebook utk melakukan kebaikan…serta mencegah kemungkaran…sebab itu adalah tanggungjawab aq….sebagai seorang kawan, yg mencintai kawan2nya kerana Allah semata2..tapi ada yg tak faham…aq tau ada yg rasa jengkel dgn perubahan aq ni….ada yg kata aku ni poyo baik lah...terpulang..aku xleh nk tutup mulut org...mulut tempayan boleh la...aku xmmpu nk puaskn hti semua org,...sbb mmg aku tau yg manusia tu xkn pernah puas...PANDANGAN ALLAH LEBIH UTAMA....aq mmg buat anjakan paradigma dalam diri aq sebanyak 90%....dalam aq menyeru sahabat2, aq juga sentiasa mengingatkan diri aq melalui apa yg aku sampaikan pd sahabat2 tercinta….Aq rasa sedih yg teramat bila tengok kawan2 buat kemaksiatan…rasa kesian pada tuan punya badan,…rasa benci pada kemaksiatan tersebut….tak benci orangnye pon….Cuma x suka dgn kemaksiatan yg dia lakukan….Bila aq ada selitkan sedikit mesej2 berunsur keagamaan dlm kata2 aq, aq tau ada yg x suka….tapi sedarkah kalian, jika kalian xsuka dgn mesej2 tu, sama je kalian x suka dgn peringatan dari Allah….Nauzubillahi min zalik….Sbb itulah yg sepatotnye kita lakukan, iaitu kena sentiasa saling ingat mengingatkan…..kalo nak cari manusia yg sempurna kt dunia ni, sampai kiamat pon korang xkan jumpa….

Dan aq sedar….inilah permulaan cabaran dalam misi aq utk berdakwah…walaupun selama ni tiada terlintas langsung di dalam hati aq utk berdakwah lantaran mesej2 keagamaan yg aq post kan di pesbuk…tu semua lahir dari hati….kata2 tu semua keluar atas dasar perasaan takutkan Allah, sayangkan kawan2…dan sebagai tanggungjawab yg telah Allah amanahkan sejak kita lahir lagi…Bila dah hidup di dunia ni, kita kenalah kembali kepada konsep Ubudiyyah, iaitu kita ber’taabbud’, mengabdikan diri pada Allah…..Itu yg penting kawan2..kerana lambat laun kepadaNya jua kita akan kembali…

Lagi satu….aq masih dalam proses mentarbiyah diri….Aq masih dalam proses menerima hakikat bahawa kematian itu adalah suatu benda yang pasti…hakikat….kenyataan….Aq jadi takut pada yg namanya kematian kerana terasa sangat2 diri ini bersalut dgn dosa2 lampau….sekarang pon banyak dosa….dan Syaitan yg paling main peranan dlm hal ni…kerana dia dah memomokkan hati aku dengan ketakutan terhadap kematian…..Mohon bimbinganMu, Ya Allah…..HambaMu ini terlalu lemah dan tak berdaya………Aq juga mengharapkan bimbingan dari sahabat2 yg sedia menghulurkan bantuan dari segi rohaniah...kerana jiwaku sekarang berada pada kondisi yg sangat lemah….jadi, amat mudah utk syaitan mencemarkan jiwaku dgn titik noda hitam…itu yg paling aku tidak mahu….Allah yg membantuku, tetapi kalian wasilahnya….. Aq tahu…ramai yang menyedari akan perubahan yang aq buat….Boleh dikatakan drastik kerana perubahanku ini pada tahap anjakan paradigma…Dari segi paradigma fizikal dan jiwa....tapi, org hanya beranggapan bhw aq berubah..tapi dorg xtau ape yg aq alami…Aq tahu…sahabat2 sekelas, bahkan dari kos lain pon ada berbicara tentang diriku…diriku yg dah xsama macam sebelum ni....kerana aq ada mendengar desas desus tentang perkara ini….malahan ada yang menyuarakannya padaku…terutamanya sahabat2 yang dekat denganku…Aq harap kalian boleh menerima diriku seadanya….banyak kekurangan dalam diri ini…Aq harap kalian menerimaku dalam hidup kalian kerana kekurangan yang ada ini…..salam sayang dan kasih dariku untuk semua sahabat2ku……UHIBBUKUM FILLAH, ABQA ABADAN ABADA ILA AL-YAUMI AL-BA’TH….

Sunday, October 31, 2010

KEMBALI......

Kehidupan yang kau lalui tiada bererti
Namun kau masih tak menyedari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau kan berakhir
Tidakkah kau tahu Dia yang Maha Kuasa
Masihkah tak mengerti
Tiada hidup tanpaNya...
Subhanaallah

Lalu kau pun tunduk membisu
Sejuta ketakutan
Bayangkan dosa mu bagai lautan
Haraplah diberi peluang
Umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Sedarlah kau dari kesilapan mu

Lalu kau pun sujud mengaku
Hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah di beri peluang
Beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati

Engkau pun menyedari
Jangka waktu yang di beri
Kau pun sedari
CintaNya yang abadi

Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

Allah Maha Pengasih
Allah Maha Pengampun
Cintai Ilahi
Cinta yang Hakiki
Subhanaallah


NUKILAN BUAT TEMAN

Teman
Andai hatimu diwarnai citra kebencian
Andai jiwamu dilatari panorama kegelapan
Sedarilah bahawa
Syaitan itu sedang meniup halus jarum hasad
Yang mengheret dirimu ke ufuk kejahilan

Teman
Andai perasaanmu diwarnai rona-rona ceria
Berirama melagukan keikhlasan
Sedarilah bahawa
Allah itu Maha Pemurah
Memberi nikmat yang tidak terhingga
Kepada hamba-hamba-Nya
Mewarnai dunia dengan seribu satu panorama
Waima kita lupa kepada-Nya

Teman
Tatkala badai keimanan menyapa
Adakah dirimu dilanda sengsara
Atau dirundung kecewa
Tika itu
Ingatkah kau kepada-Nya?
Atau meraba dalam kebingungan

Teman
Tatkala bisikan atma menyapa
Adakah dirimu diarak awan gembira
Atau memeluk erat malam ceria
Tika itu
Adakah engkau mensyukuri nikmat-Nya
Atau lena diulit ilusi dunia semata

Teman
Jika Allah berkehendak
Hidupmu terpaksa menelusuri denai kegelapan
Mampukah engkau bertahan
Dengan ranjau dan onak yang membadai
Mampukah engkau mengharungi setiap duka dgn keimanan dan kesabaran
Maka…
Tepuk dada,tanyalah iman…


-Sundus Al-Jauhari-

APAKAH ERTI CINTA DALAM ISLAM????

- "ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA, FANTASTIC...SEMUANYA HANYALAH PLASTIK !

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih kearah nilai - nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat, masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.... Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis.......kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman.

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita....tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta......dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua, tiga atau ke empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke......tidak timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura - puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang di cintainya....almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman....tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu....hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut....sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru....mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari...semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini...tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita, bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam.... Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang-calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan di halalkan oleh Islam dan Allah"

Jadi kata-kata bidalan ....Berkawan biar beribu bercinta biar satu...tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut di tambah...bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

wallahu'alam bissawab...

Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!