create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Saturday, July 16, 2011

10 SURAH DAPAT MENGHALANG 1O UJIAN BESAR ALLAH SWT

‎10 SURAH DAPAT MENGHALANG 1O UJIAN BESAR ALLAH SWT

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

♥~ 10 AMANAT PENTING RASULULLAH SAW.~♥

“1.Telah bersabda Rasulullah saw, barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyeksanya dengan api neraka.

2.Telah bersabda Rasulullah saw, apabila engkau selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah taala akan menulis pahala haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau bersedekah seribu dinar pada jalan Allah.

3.Telah bersabda Rasulullah saw, biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak.

4.Telah bersabda Rasulullah saw, hamba yang paling dicintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata dalam sujudnya…’Ya Allah,bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka Kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada apa yang mengampuni dosa melainkan Engkau.

5.Telah bersabda Rasulullah saw, sembahyanglah Engkau di tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersembahyang di tengah malam itu adalah secantik-cantik manusia mukanya.

6.Telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian dan tidak berhadas.

7.Telah bersabda Rasulullah saw, lazimkanlah diri dengan sembahyang secara berjemaah kerana disisi Allah adalah seperti jalan mu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh-sungguh menunaikan sembahyang jemaah melainkan orang mukmin yang dicintai oleh Allah swt.

8.Telah bersabda Rasulullah saw, berangsiapa yang Allah berikan nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah beri dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat dia memohon ampun,nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu mana yang dikehendaki.

9.Telah bersabda Rasulullah saw,berangsiapa yang membaca surah At-Thaariq pada waktu malam sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan.

10.Telah bersabda Rasulullah saw,berilah salam kepada orang yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagimu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 4o kebajikan.
Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala...



wallahu a'lam....


Kalau ada salah minta tlg betulkan....



Sunday, July 10, 2011

Makna bacaan dalam solat


Assalamualaikum….

Sahabat2 yg dikasihi Allah sekalian…


Apa khabar imanmu hari ini?? moga imanmu senantiasa dalam peliharaan Allah SWT...

Perkongsian pada kali ini nampak simple….tapi ianya berat di mata Allah…Di sini ingin saya kongsikan makna bacaan dalam solat..Kita semua sudah sedia maklum…Perkara pertama yang akan dihisab ke atas umat Muhammad apabila di Mahsyar kelak ialah perkara berkaitan SOLAT!!! Dengan menghayati & memahami bacaan dalam solat, moga kita dapat mengecapi nikmatnya solat & nikmatnya beribadat…& yg paling utama sekali ialah, moga solat kita diterima di sisi Allah SWT…insyaAllah…

Allahu Akbar

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Salam sayang & selamat beramal!! ^___^

-KEJARLAH REDHA ALLAH…NESCAYA SYURGA AKAN MENANTIMU…-


Sunday, June 12, 2011

7 GOLONGAN YG AKAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI MAHSYAR KELAK..

Daripada Abu Hurairah r.a , dari Nabi s.a.w bersabda: Ada 7 golongan yg akn dinaungi oleh Allah s.w.t dibawah naungannya pada hari yg tidak ada naungan kecuali naungannya;



1. Pemimpin yang Adil.

2. Pemuda yg hidup dlm ketaatan kpd Allah.

3.Lelaki yg hatinya t'paut dgn masjid.

4. Dua org yg saling cinta-mencintai kerana Allah,berhimpun kerana Allah s.w.t & berpisah kerana Allah s.w.t

5.Lelaki yg dirayu oleh perempuan yg jelita utk mengerjakan zina lalu ia b'kata;"AKU TAKUT AKAN ALLAH"

6. Lelaki yg menyembunyikan sedekahnya,sehingga tangan kirinya tidak tahu dgn apa yg disedekahkan oleh tangan kanannya.

7. Seorang lelaki yg mengingati Allah s.w.t dlm keadaan b'sendirian maka mengalir air matanya.

( H.R Bukhari & Muslim )



Baik ... Inilah 7 unsur kpd masyarakat madani yg kita idam-idamkan.Klu wujud ketujuh-tujuh unsur ini dlm sesebuah masyarakat maka masyarakat itu ialah masyarakat madani yang sebenar.Dan jikalau wujud ketujuh-tujuh unsur ini dlm sesebuah negara maka negara i2 ialah negara madani sebenar, kerana unsur-unsur ini melengkapi semua lapisan masyarakat pada suatu negeri. Mereka i2 ialah:-



1. Pemimpin yang adil.

Pemerintahan yg adil i2 akn disenangi oleh rakyat kerana rakyat merasakan kebahagiaan drpdnya. Maka akn wujudlah kerjasama & kesefahaman antara rakyat dgn pemimpin dan akn majulah megeri i2. Akan tetapi kalau pemimpin i2 zalim, maka ia tdk disenangi oleh rakyat & tdk mndpt kerjasama dari mereka , maka segala sesuatu tidak dapat b'jln dgn lancar , maka susahlah utk mencapai kemajuan. P/s utk diri:

Maulana Innamul Hasan rah. pernah berkata; " Walaupun semua dai' semuanya ikhlas, Walaupun semua dai' membri pengorbanan, Walaupun usaha b'jln dgn cara yg betul, TETAPI.. Hati - Hati tidak b'satu , usaha kita tdk akan b'hasil"...



2. Pemuda-pemuda yg rajin b'ibadat.

Bisanyew yg rajin b'ibadat i2 hanya org yg sudah tua. Adapun ank muda maka mereka byk bermain dan mengisi wak2 dgn hiburan dan perkare2 maksiat. Apabila di suatu negeri dpt t'bina ank2 muda utk rajin b'ibadat maka suasana akn berubah dari pesta maksiat kpd suasana amalan dakwah , ta'lim wa taa'llum , i'badat serta khidmat." Ya Allah masukkanlah diriku dlm golongan ini".



3. Seorang lelaki yg hatinyew sentiasa terpaut dan cinta akn masjid, musolla (sewak2 dgnnyew). Mereka menjadikan masjid sebagai syiar agama, khususnya utk solat b'jemaah dan kegiatan2 yg lain.Pabila mereka keluar dari masjid setelah solat subuh mereka b'tanya kpd hati mereka, ""Erm, bile ye aq akn ke masjid smula?? Sudah tentu hati mereka yg cinta dn masjid i2 akn menjawab : ""Nanti aq akn kembali lagi ke masjid utk solat zohor. Dan begitulah keadaan seterusnya . Syiar agama nyata kelihatan dimasjid. Hati mereka tertaut dgn masjid. Masjid ialah jantung bagi sesebuah tempat.Mari kita lihat apa yg berlaku kpd masjid di negara, negeri , daerah , dan kampung kita, pasti kelihatan banyak tiang- tiang drpd jumlah bilangan org yg hadir ke masjid. Statistik menunjukkan klu x silap penduduk malaysia yang menunaikan solat hanya 20 % . Itupun klu kite perasan dan ad perasaan msjd akn didatangi oleh golongan K.R.U ( kumpulan rambut uban).Ramai orang tua, mane anak muda??Sbb ape? Tidak dpt tidak melainkan faktor USAHA DAKWAH telah ditinggalkan & dikuburkan sekian lama oleh masyarakat kita.



4. Dua orang lelaki yg saling kasih - mengasihi dan cinta - mencintai kerana Allah .

Masyarakat madani adalah didasari dgn kecintaan yg ikhlas di antara para penduduknya. Perniagaan, pertanian, pertukangan, industri p'khidmatan dan sebagainya adalah dilaksanakan atas dasar cinta bkn ats dasar utk mengaut keuntungan semata-mata.Kalau peniaga cintakan pembeli maka peniaga tdk akn menipu pmbeli. Kalau seorang rakan mencintai rakannya maka dia akan mengajak rakannya supaya mentaati perintah Allah s.w.t mengikut sunnah Rasullullah s.a.w. Dan begitulah seterusnya.



5. Lelaki yang kuat imannya sehingga tdk mudah dipengaruhi oleh godaan yg dtg mengganggunya.

Walaupun godaan i2 dtg dlm keadaan yg sangat menggiurkan, dan dlm suasana yg sangat memberangsangkan, lelaki i2 tetap mempunyai pendirian yg teguh dan sentiasa berkata ;Inni Akhafullah("Saya Takut akan ALLAH ").Perkara ini tdk akan b'laku jika iman di dlm diri tidak kuat.So,How to get the pure Iman ?One day, Rasullullah s.a.w said to Sahabah r.hum; Jaddidu Iimanakum with ""Qauli Lailahaillallah"".Therefore, we must Renew Our IMAN with always say the greatness of Allah wif our tongue; Look the merciful of creatness by Allah wif our eyes ; Hear more and more about the powerful of Allah wif our ears; Think about the powerful,greatness of Allah s.w.t wif our mind.. Let's Try It!! =)



6.Penderma2 yg ikhlas yg menyumbangkan hartanya utk kesejahteraan umat ini.

Mereka ialah golongan yg menyembunyikan sumbangan mereka.Mereka tdk mengharapkan apa2 pujian atau sanjungan dari Makhluk menderma semata-mata mencari pahala dan reda di sisi Allah s.w.t Mereka suka membela nasib org yg lemah . Mereka suka membantu golongan yg krg bernasib baik, tetapi mereka tidak mempunyai tujuan yg lain drpd mencari keredaan Allah s.w.t.



7. Taqwa dan Ikhlas Kpd Allah.

Golongan yg byk b'munajat kpd Allah, byk b'zikir, sama ada b'sendirian atau bersama org ramai. Mereka byk bertaubat dan menagis di sisi Allah .Apabila nama Allah disebut dilidah mereka , hati mereka rasa gentar, hiba dan khusyuk , takutkan siksa & azab Allah , harapkan redhanya lalu mereka mengalirkan air mata sebagai luahan dari perasaan yg menyesak didlm dada. Ya Allah , jadikanlah diriku senantiasa merintih dan mengadu simpati hanya kepadamu. Ya Allah berilah kemanisan ini.



Tuntasnya, marilah sama-sama kita bersegera untuk mengamalkan segala amal kebaikan kerana Nabi s.a.w prnh brsbda; ""Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat , maka setahun dirasakan seperti sebulan, dan sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari , dan sehari dirasakan seperti satu jam, dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api"". (H.R Tirmizi)



Kita perlu sabar dgn perlian dan cacian org yg memandang enteng dlm kita melakukan amal yg baik..Kita prlu kasihan kpd mereka yg jauh drpd agama Allah kerna mereka tdk mengerti dan tdk mengetahui.Kita perlu ajak dan doakan mereka supaya sama-sama lakukan amal kebaikan.Hal ini kerana suatu ketika agama Islam telah berkembang dengan pesat maka Nabi s.a.w prnh b'sbda kpd para sahabat lbh krg mksdnya; ::Agama Islam dtg dlm keadaan asing(ghorib), Dan ia akn kembali dlm keadaan asing , Maka BERBAHAGIALAH mereka yang asing, maka b'tanya para sahabat:""Siapakah golongan yang asing ya Rasullullah?'" Umatku di akhir zaman yang menghidupkan sunnah yg dimati-matikan oleh umatku. ''



Ada juga hadith drpd Anas r.a brkta:Rasullullah s.a.w b'sabda:-

""Akan datang kpd umatku suatu zaman dimana org yg berpegang kpd agamanya laksana menggenggam bara api"". (H.R Tirmizi)



Rujukan: Muzakarah Iman & Amal(Ustaz Mustafa)

Arbaina Ahadith A'nil Akhlaqul Qiram(Abu Ali Al-Maliki)

Muntakhab Ahadith(Maulana Yusuf)



Doa untuk Umat Nabi Muhammad s.a.w



Ya Allah, Kasihanilah umat Muhammad s.a.w

Ya Allah, engkau perbaikilah umat Muhammad s.aw

Ya Allah,berilah kejayaan kpda umat Muhammad s.a.w

Ya Allah, ampunilah segala dosa umat Muhammad s.a.w

Ya Allah, engkau berilah taufiq dan hidayah kepada umat Muhammad s.aw.



- Wallahua'lam -

::Semoga Semua Dapat Amal & Sampaikan::




Friday, June 10, 2011

AKU HANYA WANITA BIASA.....

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bunda khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan kelihatan kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..





Sunday, April 17, 2011

CORETAN HATI...

Ya Allah…
Redhakanlah hatiku dgn hakikat kematian…
Sesungguhnya..
Aku gerun dgn kedahsyatan hari kiamat…
Itu bukan bererti kiamat yg aku takutkan…
Tapi..
Aku gerun dgn kekuasaan-Mu yg melangkaui akal fikiran manusia…
Tak tercapai dek akal..
Betapa dahsyatnya hari Kiamat-Mu itu…
Ya Rahman…
Jiwaku berombak tika ini…
Namun..
Syukurku pada-Mu menggunung tinggi..
Kerana Kau sayang padaku…
Kau senantiasa mengingatkan aku…
Di saat aku hanyut…
Aku dapat merasakannya….
Ya Hannan….
Ampuni aku….
Aku malu dengan-Mu….
Aku malu dgn kesetiaan-Mu menanti cintaku….
Kau curahkan sepenuh cinta-Mu padaku….
Tapi…
Aku mengkhianati-Mu….
Ampuni aku Ya Ghaffar…
Aku dapat merasakan tatapan penuh kasih-Mu terhadapku….
Aku rasa tenang tika dibuai belaian cinta-Mu…
Atmaku gusar….
Tika kau biarkan aku utk seketika waktu…
Kerana aku tahu…
Tanpa-Mu, siapalah aku…
Bimbinglah aku Ya Rahim…
Aku ingin menjadi sprti Rabi’ah al-Adawiyah…
Sangat setia menutur kata2 cintanya kepada-Mu
Betapa indahnya saat diri ini mencintai-Mu…
Terima kasih Ya Allah….
Engkau mentarbiyahku hari demi hari…
Waktu demi waktu…
Aku jahil Ya Allah..
Aku khilaf…
Aku mengkhianati cinta-Mu…..
Betapa aku x layak utk memiliki cinta-Mu yg suci itu….
Ampuni aku Ya Allah….
Kurniakanlah ampunan-Mu seluas-luasnya untukku…
Agar aku bisa tenang….
Tenang dengan redha dan ampunan-Mu…..


                                                                                                               Nukilan Nafsi,

         Sundus Al-Jauhari...


Friday, April 15, 2011

UNTUKMU ADAM & HAWA...

Adam...



Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan

 rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang

menegurmu.



Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.



Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap

Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan

terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.



Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang

mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.



Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani

terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan

dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.



Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang

satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh

membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang

nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.



Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata

menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang

merasuk Adam.



Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang

semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa

nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...



Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami

Hawa.



Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.



Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada

agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara

aurat dalam berpakaian.

Dan

Untukmu Adam :


Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang

bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan

dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan

teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan

memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah

bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam

dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang

 diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah

 diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang

menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya

dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan

teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk

 seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan

 isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan

bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.



Tuesday, March 22, 2011

HATI WANITA....

Hati seorang muslimah..Ya Allah,jadikan aku seteguh wanita solehah itu...

KEUNGGULAN MUKMINAH
Aku ingin menjadi
SITI KHADIJAH



menjalin agung sebuah cinta
menafkahkan hartanya fisabilillah
aku ingin sezuhud
FATIMAH

akur tanpa jelak setiap perintah
aku mengagumi dan mahukan
gedung ilmu
SITI AISHAH
aku ingin menyelami ketabahan
SITI HAJAR

menggendong puteranya yang masih merah
di tanah padang pasir yang merekah
bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda
fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA


pun jiwaku ingin sekudus
RABIATUL ADAWIYAH

tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan bersatu dalam satu hati

lantas ku serah cinta ini
untuk yang MAHA MENGASIHI

pasrahku pada mennah perjuangan
bagai cekalnya hati
ZAINAB AL-GHAZALI
terluka, terseksa, terpenjara
terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
demi islam bukannya menyerah galang-gantinya



atau setidaknya aku mengimpikan
hidup semulia
MARYAM JAMEELAH
berteman pena menongkah arus kepayahan
ruh jihad ini perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkannya
redhalah aku...redhalah aku
redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kan ku teguh menatang serikandi ummah
hanya kerana islam merindui
kemunculan peribadi
mukminah, muslimah, mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
terpanggung gagah bagai harumnya pusara
MASYITAH
TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN



"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"....Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam......Amiinn ya Rabb.....