create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Friday, December 6, 2013

MANIFESTASI SETITIS CINTA DARI HATI...

Hari ini….
aku berbicara lagi tentang CINTA….
Ku coba manifestasikan setitis cinta dari hati…
Jauhhh…. Dari sudut hati…
Barangkali ada yang mual dengan kalamku yang tidak habis lagi dengan CINTA….

Usah begitu….
Ini kalamku… Rasa hatiku…
Saat ini aku diuji begini…
Bisa jadi… Suatu hari nanti…
Kalian juga akan diuji begini…
Rasanya tidak salah untuk aku berbagi rasa dengan kalian…
Aku hanya mahu kalian mengambil ‘ibrah’ dari apa yang aku zahirkan….
Kalamku tidak ku tujukan buat individu…
Tetapi,
Hanya ku zahirkan bagaimana rasa itu bermain di ruangan sudut hati…

Begini kondisinya….
Saat cinta itu mencerobohi tembok hatiku….
Aku rasa seperti ada yang menoreh jantungku…
Rasanya sakit… sakit sekali….
Puas aku mencari apakah puncanya….
Hingga pada satu ketika…
Hanya Allah tempat aku bergantung harap memohon petunjuk…

Pada hari ini…
Aku berhasil menjernihkan rasa jiwaku yang sakit….
Berkat pertolongan dari-Nya…
Aku ubah dimensi sengsara itu menjadi dimensi indah…
Indah bukan kerana aku memiliki..
Tetapi indah kerana aku rasa diperhatikan oleh Rabb..
Perhatian yang cukup… dalam….
Aku mahu Dia angkat beban di jiwaku…
Kerana aku rasa seperti tidak mampu menanggungnya….

Nyatanya, Dia itu memang Maha Mengerti…
Dia angkat bebanan itu dari jiwaku…
Lantas dia mendorongku untuk menyuntik nilai positif dalam diri…..
Agar aku tetap tegar berdiri….
Tetap bisa mengabdikan diri…
Tanpa aku rasa lemah lagi,…

Sungguh!
Pada saat ini..
Cinta manusia itu melemahkan aku..
Cukup.. melemahkan jiwaku….
Sehingga aku rasa seperti mahu gila!!
Tidak kupinta rasa ini menggerogoti atmaku…
Semua ini atas kehendak-Nya..
Kerana Dia mahu aku kenal erti sebenar cinta-Nya…
Melalui jalan yang cukup menyakitkan….  
           
Tika dan saat ini…
Cukuplah cinta-Nya yang mengisi relung hatiku…..
Kerana Dia tak pernah mengecewakanku…
CintaNya selalu ada..
Tak pernah lelah menebarkan aroma cintaNya…..
Suatu saat…
Akan tiba waktu itu..
Waktu cinta manusia datang mampir di sudut hati..

TEPAT PADA MASANYA…


Saturday, November 16, 2013

MONOLOG SANG OMBAK

Ombak...
sedang menutur bicara dengan manusia... 
Manusia yang duduk di hadapannya... 
Ombak ciptaan Tuhan menasihati manusia itu... 
Agar tetap cekal dan sabar di atas jalan dakwah..... 
Jalan yang penuh liku dan rencam... 

Ombak menyusun bicara lagi... 
Katanya,
Usaplah airmatamu dengan sapu tangan kasih Tuhan... 
Bujuklah hatimu dengan bujukan sakti dari Tuhan.. 
Teruslah mengorak langkah.....
Walau pahit acapkali menerjah...

Ombak juga makhluk Tuhan... 
Dia masih sudi membujuk sang manusia yang duduk di hadapannya.. 
Walaupun dia tahu... 
Dia dan manusia adalah dua entiti yang brbeza.. 
Namun yang menciptakan ombak dan manusia adalah Tuhan yang sama... 
Tiada Tuhan lain yang layak dan berkuasa mencipta alam buana dan seisinya... 
Kecuali Rabb...
Tuhan yang Maha Memiliki segala-galanya.... 

p/s : Subhanallah...


Tuesday, October 22, 2013

SIMBOL CINTA dari Tuhanmu.

Sudah hampir sepurnama jemari ini tidak mencoret nukilan atma. Dek kerana tumpuan yang sedikit teralih kepada tanggungjawab lain yang lebih utama, juga tumpuan yang sedikit teralih dengan ‘bingkisan cinta’ dari Sang Pemilik Cinta Dan Rindu.

Tiap-tiap manusia sudah ditetapkan ujiannya, mengikut tahap kemampuan masing-masing. Allah Maha Tahu kemampuan setiap hamba-hamba-Nya.

Ada kalanya rasa seperti mahu tersungkur, dan tidak bisa bangkit kembali. Mahu mencari manusia untuk mengadu, bimbang manusia tidak mengerti. Mengadu pada Allah Rabbul Izzati, itu sudah mesti. Kerana Dia pemilik segala ujian yang diturunkan kepada hamba-Nya.

Mengadu pada manusia, bukan boleh sembarangan mengadu. Silap haribulan, si pendengar masalah tersalah faham, lalu membuat tafsiran yang memesong dari tafsiran yang sepatutnya.

Betapa Maha Kasihnya Allah. Diciptakan ujian agar hambaNya mencariNya untuk mengadu. Sebenarnya, Dia merindukan rintihan dari hamba-hamba-Nya.

Usah dirunguti ujian yang menimpa. Bersyukurlah dengan ujian yang kau lalui. Kerana itu merupakan SIMBOL CINTA dari Tuhanmu.

Tidak mengapa jika cinta manusia acap kali mengecewakanmu.. Tetaplah berdiri teguh di atas cinta Sang Pemilik Cinta. Kerana cinta-Nya tak pernah mengecewakan.

NIkmatilah SIMBOL CINTA dari Tuhanmu. Kerana kenikmatan itu tidak dapat dirasai oleh orang-orang yang tidak diuji sedemikian rupa.


KENAPA TUHAN MENGUJIMU SEDEMIKIAN RUPA? KERANA ALLAH MAHU MEMBUKTIKAN CINTA-NYA TERHADAPMU… Subhanallah…..

Sundus El-Jauhari


Thursday, September 26, 2013

Situasi : Di alam maya Muka Buku..

*Tengah bukak FB.... 
*tiba2 ada org bagi salam dalam ruangan chat...
*berlainan jantina pulak tu
*jangan terus ignore.... jawab salam.. kemudian, tanya.. ada apa2 yg boleh dibantu?(be profesional)
*kalau benda yang dia nak cakap tu langsung tak penting, agak2 apa korang buat?
1. Layan~~~
2. Tinggalkan~~~ Sambil mintak ampun pd Allah...

benda yang saya nak sampaikan di sini :

1. buat penerima msj, kadang kala Allah saja nak uji, dengan cara Allah hantar org lain utk uji kita.... sama ada kita ni melayan atau x..ni dr sudut pandangan Syariat.

2. Dari sudut pandangan hakikat dan makrifat pulak, adakah hati kita bersangka buruk dengan org yg msj kita tu? atau bersangka baik? sebab tu disyorkan agar cepat2 mintak ampun pd Allah.... mungkin kita ada buat slh sehingga Allah uji kita sebegitu. Dan kita kena sangka baik pd org tu. Boleh jadi dia x tau prkara tu buat kita rasa berdosa. Boleh jadi juga bagi dia bnde tu pnting, tp bagi kita x penting pon..... Doakan jela dia supaya dia faham apa yg kita rasa dn dia turut bersangka baik dgn kita dan x slh faham knp kita x lyn msj dia. Barangkali dia lebih mulia di sisi Allah kerana buat prkara yang dia x tau itu adalah satu kesalahan(mungkin). sedang kita? tau benda tu salah, tapi buat juga. Allahu Rabbi~~

3. buat si penghantar mesej.... belajar2 bezakan mana penting mana x penting... jgn putus asa gali dan timba ilmu agama.... sebab kalau korg x cari, smpi bila2 pun korg x tau..... hidup kita ni sntiasa melalui proses belajar.. belajar dan belajar.... kalau nk timba ilmu dgn cara bergantung kpd yg berlainan jantina, lain dh jadinya... silap haribulan, sangkut~~ bila dah sangkut, mula la nk mesej2 selalu tanpa ada diskusi yg penting... lama2, bersayang2 pulak.. adui... mintak dijauhkan la,... sebab bila dah bersayang2 antara yg berlainan jantina tnpa ikatan ni, tu dh kira bunga2 zina.. nauzubillahi min zaalik....

4. Tak usah marah kalau insan berlainan jantina tu x layan msj kamu,... bersangka baiklah... barangkali dia xde idea.. atau dia dh bgtau kamu, cari org2 arif yg sama jantina dgn kamu utk timba ilmu agama..... tapi kamu berkeras juga tny dia.... mungkin dia rasa x selesa..... sbb tu dia snyp terus...... Kalau perempuan yang senyap terus, memang patut dia buat mcm tu, sbb sewajarnya sifat malu ada pd diri seorg wanita muslimah..... kalau lelaki yang terus x layan, bukan bermakna dia sombong.... Dia sebenarnya sedang melatih diri dan hati, agar tahan melawan bisikan syaitan, iblis dan nafsu.... (sifat malu boleh dilatih)

p/s : ni bukan suka2 nak post..... sama2 ambil ibrah...... kadang kala, kita manusia menghalalkan cara tanpa disedari ianya adalah dilarang... Jika saya yang post, maknanya ia adalah peringatan paling keras buat diri saya sendiri..... Saya x layak nk bg peringatan pd org lain.... Anggap ianya sbg satu perkongsian...... ini lontaran pandangan saya.... kalian? mungkin ada pandangan kalian sendiri.... saya hormati pandangan orang lain, dan pada masa yang sama, saya tetap berpegang pada pandangan dan prinsip saya... Moga Allah pelihara saya dan kamu semua dari keaiban2 yang tak sepatutnya....



Monday, September 23, 2013

PERKARA YANG PERLU UNTUK KITA SEMUA TAKUTI.....

Perkara yang perlu utk kita semua takuti ialah :

APABILA IBU KITA BERKECIL HATI DENGAN KITA...

Kadang kala kita tidak tahu apa yang sudah kita lakukan sehingga Sang ibu berkecil hati.... Hati orang tua.... Semakin tua semakin sensitif... Mereka akan kembali seperti kanak-kanak kecil yang perlu diberi perhatian.....

Buat si anak, berusaha sedaya upaya untuk gembirakan hati ibu anda... Berusaha untuk fahami ibu kita... Sentiasa minta maaf dengan ibu... Kerana kita sendiri kadang-kala tidak sedar tingkah laku atau percakapan kita mengguris hati ibu... Biarkan dia rasa yang kita anak-anak sentiasa faham perasaan dia... Ada kalanya kita sebagai anak terlalu bertindak mengikut emosi tanpa memikirkan kesan dan akibat di kemudian hari.... Sedangkan  sudah dinasihatkan oleh ibu kita agar jangan melakukan perkara itu.... Biasa lah anak-anak... Tak berfikir sebelum buat sesuatu... Kena ubah sikap ini...

Buat si ibu pula... Buang jauh-jauh kecil hati anda terhadap anak-anak.. Sentiasa ampunkan anak-anak anda... Hanya kerana anda berkecil hati, tiada lagi redha Allah buat anak anda, sehingga anda memaafkan anak anda... Kadang kala, perkara yang menjadi penyebab anda berkecil hati hanyalah perkara kecil.... Belajar fahami anak2 anda... Kadang kala, sebagai ibu, terlalu mengikut perasaan sehingga lupa apa yang anak-anak simpan di dalam hati.... Walau bagaimana pun, ibu pasti memahami fi'il anak-anak yang belum kenal sepenuhnya rencam dunia yang sudah kalian lalui... Sebab itu pentingnya berlapang dada dan kemaafan sebagai seorang ibu, agar anak-anak kalian tidak terjerumus ke lembah kemurkaan Allah tanpa disedari..... Doa dari kalian sang ibu terlalu keramat bagi kami anak-anak..... Doa itu tiada hijab langsung... Terus sampai doa itu kepada Allah.....

Paling best, bila kedua-duanya saling berlapang dada lalu berbincang untuk menjernihkan keadaan. Hasilnya, ukhwah antara ibu dan anak semakin akrab! =)

"Redha Allah terletak pada Redha Ibu Bapa.."

"Syurga terletak di bawak telapak kaki ibu.."

p/s : Hormati yang tua.. sayangi yang muda.. =)


Monday, September 16, 2013

Ketahuilah, bahawa Allah sedang 'berbicara' denganmu...

Jodoh.

Yang namanya jodoh itu milik Allah. Hanya berada di dalam pengetahuan Allah SWT. Manusia, langsung tidak tahu rahsia Allah. Boleh saja hati berandaian yang macam-macam. Boleh jadi andaian itu indah. Boleh jadi juga andaian itu buruk.

Ketika mana hati mengharapkan seseorang untuk menjadi pendamping hidup.... Setelah diamati kriteria yang terdapat pada dirinya itu menepati apa yang Islam gariskan dan juga menepati kriteria yang kita mahukan.... Pada masa yang sama dirinya itu sedang mahu dijodohkan dengan orang lain...... Barangkali Allah suruh kita berhenti berharap dengan yang namanya manusia.

Hati mana yang tidak terluka, jika orang yang kita harapkan itu dikhabarkan sedang mahu disusunkan dengan orang lain. Terlukanya hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Mungkin manusia akan menganggap ini hanyalah perkara picisan…. Hakikatnya, hanya yang merasainya sahaja yang tahu betapa peritnya memendam rasa cinta dan kecewa.

Jangan butakan hati, sehingga hati menjadi cinta yang semu… Sandarkan pengharapanmu sepenuhnya kepada Allah SWT….

Menangislah, jika itu mampu melegakan hatimu… Mengadulah pada-Nya, kerana Dia sebaik-baik tempat meminta pertolongan. Mohon agar diberi ketenangan hati….. Ujian itu suatu nikmat…. Bingkisan cinta dari Allah SWT.

Usah difikir yang derita itu akan berpanjangan.. Kerana ianya boleh membawa kepada rasa putus asa pada Tuhan..... Ketahuilah.. bahawa jodohmu sedang melalui proses penapisan, acuan Allah SWT.... Allah sedang menyediakan seseorang yang terbaik untukmu. Terbaik di matamu, belum tentu terbaik di mata Allah SWT.

Usah dihalang jodoh orang lain. Jika benar cintamu untuknya suci, doakanlah untuknya, agar dia bahagia… Agar dia sentiasa menjadi hamba Allah yang taat. Doamu itu sebagai bukti cintamu itu suci dan tidak dinodai dengan hasad dengki dan penyakit hati.


P/S ; Berbahagialah wahai hati…. Kerana Allah masih sudi ‘berbicara’ denganmu… 

-Sundus El-Jauhari-


Wednesday, July 24, 2013

Lelah Sang Murabbi

Sayu hati ini..
Saat terlihat lelahnya Sang Murabbi...
Kulihat semakin lemah langkahnya...
Namun..
Tetap jua mereka gagahi...
Demi memastikan anak-anak, pemuda pemudi mendapat suntikan tarbiyah hati...

Sayu hati ini...
Saat terlintas di lubuk hati...
Sudah tiba masanya tugas mereka digalas pemuda pemudi...
Mereka semakin tua... semakin dimamah usia...
Sedang pemuda kian gagah saban waktu, saban ketika....

Bangkitlah wahai pemuda....
Jangan biarkan hatimu terbuai cinta nafsu dunia.....
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus dunia yang fana.....
Jangan biarkan jiwamu layu dimamah godaan dunia...
Jangan persiakan gagahmu...
Kerana dirimu begitu berharga buat ummah tercinta....

Gugahlah hatimu wahai pemuda..
Bina cinta Illahi di dalam jiwa....
Agar hatimu dapat melihat kelelahan mereka....
Walau lelah itu tidak mereka ungkap dengan kata-kata....

Jadilah seperti arang..
Yang menambahkan lagi semarak api....
Jadilah pemuda gagah lagi perkasa...
Yang menyemarakkan lagi perjuangan para Murabbi....

Ayuh pemuda pemudi..
Gencarkan langkah perjuanganmu ke medan jihad...
Jihad menjadi penyelamat kepada umat....
Lihatlah dengan mata hatimu...
Kondisi dunia yang semakin membarah....
Kebejatan yang kian parah...
Usah ditambah kebobrokan yang mencalar wajah!

Bangunlah wahai hati-hati yang berjiwa Murabbi...
Waqafkan dirimu ke medan juang...
Menjadi penyelamat dirimu dan umat dunia...
Dari keserakahan nafsu durjana dan azab neraka...
Kita adalah rantai perjuangan para Murabbi...
Penerus juga pewaris sunnah Nabi...

Nukilan Nafsi,
-Sundus El-Jauhari-