create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
widgets

Friday, January 27, 2012

DIAM ITU CARAKU

Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.

Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbelit oleh nafsu.



Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.

Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku...
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa'at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.



Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.

Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.

Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.

Aku tidak marah,
aku tidak cemburu
kerana kau bukan hakku,
Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku.
Ada sedikit cinta di hatiku utkmu.
Yang ingin agar kau tau.

Tapi sekali lagi kau milik Allah
bukan miliku.

jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku.
Bila ada siraman Redha-Nya kita kan bersama
 dan bila tidak,
aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya..

jadi walau aku cinta
aku putuskan utk diam
biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.




SELALU BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR…

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Seseorang hamba melakukan satu dosa lalu ia berkata : ‘Wahai Rabb, aku melakukan satu dosa, maka ampunilah aku.’ Maka Allah berkata : ‘Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Kemudian setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata : ‘Wahai Rabb, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah kemudian berkata : ‘Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.’ Kemudian setelah beberapa ketika, ia melakukan dosa lagi dan berkata : ‘Wahai Rabb, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku.’ Allah SWT berfirman : ‘Apakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku – sebanyak tiga kali – maka lakukanlah apa yang disukainya.’ “

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sunday, January 15, 2012

Hati Insan Biasa....

Hati ini…..
Hati insan biasa…..
Kadang kala dihiasi rasa cinta kepada insan…
Kadang kala berkecamuk angkara rasa cinta itu….
Namun,
Tatkala berkecamuk hati ini…
Allah sebagai sandaran utama…..
Tempat mengadu & merayu…..
Agar hati ini disirami Nur Sakinah….
Sakinah yang mententeramkan atma yang bergelora….
Hati ini….
Hati insan biasa….
Kadang kala dikotori cebisan-cebisan mazmumah….
Meronta hati tika itu mencari sisa-sisa mahmudah….
Namun,
Allah sebagai sandaran utama…
Tempat memohon dan mendamba…
Agar tidak terus-terusan dikotori hati ini….
Hati ini….
Hati insan biasa….
Ada kalanya tewas dengan perasaan cinta
Sehingga mengalir titisan mutiara dari pelupuk mata….
Dek kerana seksanya menanggung bahana cinta…..
Namun,
Allah sebagai sandaran paling utama….
Mengadu dan memohon….
Agar rasa cinta itu adalah cinta kerana-Nya….
Cinta kerana agama yang ada pada diri insan yang dicinta…..
Cinta kerana mahu menggapai redha-Nya….
Kerana hati ini sedar…..
Bahawa Sang Khaliq senantiasa menjadi cinta yang paling Utama….
Cinta itu fitrah manusia…..
Namun,
Jangan lupa untuk menyandarkan cinta itu kepada-Nya….
Kerana hanya Dia yang paling layak untuk dicintai sebelum mencintai yang lain…
Hati ini….
Hati insan biasa….
Sesungguhnya hati ini sedar…
Bahawa hanya Dia cinta teragung…
Sang Pemberi segala cinta….


Sundus Al-Jauhari


Thursday, December 29, 2011

CINTA......

Cinta….
Terkadang menerobos masuk ke dalam benteng jiwa…..
Kubu pertahanan yang sudah lama kudirikan…..

Cinta….
Aku sedar….
Ianya merupakan anugerah Illahi…..
Yang mengajarkanku erti cinta Hakiki…..

Cinta…..
Ada kalanya ia bisa membunuh jiwa manusia…..
Tika ia mengganas merobohkan tiang-tiang seri hati…..
Betapa peri pentingnya bimbingan dari Illahi…
Untuk hati yang telah mati….
Dek kerana cinta duniawi….
Cinta yang tidak azali….

Cinta…..
Alangkah indahnya saat dibuai alunan cinta…..
Sepi hati tanpa kehadiran cinta……
Mati hati tanpa tarbiyah cinta……
Semuanya kerana cinta……
Tanpa cinta, siapalah kita di dunia….
Dengan cinta-Nya, bernafas kita di dunia fana….
Dengan cinta-Nya, sungguh bermakna hidup di alam buana….
Dengan cinta-Nya, silaturrahim terjalin sesama manusia….

Cinta…..
Terima kasih Tuhan atas belaian cinta…..
Cinta-Mu tiada tandingannya…..
Jadikanlah aku hamba yang sentiasa meraih cinta-Mu…..
Usah palingkan hatiku dari cinta-Mu……
Hanya itu yang aku mahu…..
Kerana aku sedar….
Tanpa cinta-Mu, siapalah aku…..


Sundus Al-Jauhari





Tuesday, November 29, 2011

MAKSUD TARANNUM

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.
Nada : tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak : pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama : alunan atau bentuk bunyi. 
Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda : Ù…ا أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن. (رواه البخارى)
“Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Sejarah Tarannum Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu RasuluLlah SAW itu.
Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:A. Misri (Mesir).B. Hijazi (Mekah dan Madinah).C. Iraqi.D. Kurdi (sempadan Iraq dan Turki).E. ‘Ajami (Iran) dan lain-lain.
Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.
Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri Aliran Hijazi • Padang pasir.• Bukit bukau.• Suhu tinggi.Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.Aliran Misri • Lembah nil.• Subur menghijau.• Suhu sederhana.Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.
Asal Ilham Tarannum Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun didalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat. Hukum Umum Bertarannum Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;1. Fardhu (kifayah) – jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin mendekati Al-Quran.2. Sunat – jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.3. Harus – untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.4. Makruh – jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.5. Haram – jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.





Wednesday, November 9, 2011

LELAKI SOLEH....

Lelaki soleh

Dengan Nama c(_l_) l Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt...

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."



Thursday, August 11, 2011

RISALAH TA'LIM-Bagaimana Amalan2 Islam Menjadi Pembersih Hati??



45.  Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Ankabut : Ayat 45)

Pendahuluan..

Kita sering mendengar ayat di atas dibacakan di mimbar-mimbar Jumaat. Isi kandungannya yang sering menjadi perbualan & agak sukar untuk dijelaskan adalah {sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkar}[an-Nahl : 90]. Ia menjadi contoh penegasan dari Allah bahawa amal ibadat Islam merupakan pembersihan hati & penyucian jiwa..(tazkiyyatun nafsi).
Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...

            Bagaimana solat boleh menghalang dari perbuatan keji & mungkar? Dengan jelas di dalam ayat yang mulia ini, solat menjadi pembersihan hati kerana ia dapat menghalang dari perbuatan keji & mungkar, & kita sedia maklum bahawa kedua-duanya adalah tanda @ hasil kekotoran hati.

            Namun, kita juga sering mendengar persoalan yang berbunyi : seseorang itu dah solat, tapi masih mengumpat! Seseorang itu dah solat, tapi masih buka aurat! Seseorang itu dah solat, tapi masih menipu! Seseorang itu dah solat, tapi masih melakukan maksiat! Seseorang itu dah solat, tapi masih tidak berakhlak mulia!

            Di sinilah datangnya bisikan syaitan untuk mengajak kita meninggalkan ajaran Nabi Muhammad SAW. Banyak kumpulan mengajak orang ramai meninggalkan atau menokok tambah syariat Islam dengan alasan walau dah solat, hati masih belum bersih? Zikir & amalan rekaan diada-adakan kononnya untuk mengisi ruangan yang ditinggalkan oleh syariat yang tidak dapat membersihkan hati.

Apa yg berlaku & di mana silapnya?

Sebenarnya, yang terjadi adalah, ramai dr kalangan kita yang melakukan ibadat & amalan syariat tanpa menyedari matlamatnya yang sebenar. Allah SWT adalah Maha Kaya lagi Maha Terpuji & Dia tidak memerlukan amal ibadat makhluk2Nya untuk terus berkuasa. Sabda Nabi SAW di dalam sebuah hadith Qudsi, Allah berfirman :

Wahai hamba2Ku! Sekiranya orang awal kalangan kamu, manusia kalangan kamu, jin kalangan kamu, mereka semua berkeadaan mengikut hati seorang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu, itu tidak menambah sedikit pun pada kerajaan-Ku.[1]

            Kepentingan ibadat & amalan syariat adalah untuk membentuk & melatih diri manusia di dalam satu latihan yang berterusan. Walau dengan aneka bentuk & rupa, kesemua ibadat & amal syariat menjurus kepada satu perkara iaitu : melatih manusia merasa diperhatikan & diawasi oleh Allah SWT & mengasuh kebergantungan mereka terhadap Allah SWT.

            Ketika solat didirikan, seseorang itu akan senyap, diam tidak berganjak, tidak beralih & tunduk kerana dia sedang menghadap Allah SWT. Perasaan diperhatikan itu juga berulang-ulang dilatih ketika pelaksanaan ibadat & amalan syariat yg lain. Sebagai contoh ketika berpuasa, ia perhebatkan lagi untuk tempoh sepanjang siang, di mana seseorang tidak akan melanggar perkara yang membatalkan puasa, kerana dia diperhatikan oleh Allah SWT.

            Jika manusia berterusan selepas latihan2 berkenaan, merasa diperhatikan & diawasi oleh Allah SWT, adakah mungkin akan ada perlakuan yg haram? Adakah mungkin dia akan melakukan maksiat? Adakah mungkin dia akan berakhlak keji? Adakah mungkin semua itu, jika dia sedar, dia sedang diperhatikan & diawasi oleh Allah SWT, Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi & yg nyata?

            Ia adalah gabungan amalan2 Islam & kepercayaan2 ima; iaitu melaksanakan perintah Allah dalam keadaan beriman kepada Allah. Inilah sifat ihsan, inilah Muraqabah & inilah pembersihan hati yang dimaksudkan. Seseorang yang sedar mengenai pengawasan & pemerhatian Allah SWT terhadapnya ketika dia di khalayak ramai & ketika dia bersendiri pasti akan terbentuk pada dirinya akhlak yang terpuji serta keperibadian yang muliaRenungkanlah!










[1] Hadith Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad.